[Video] Selepas Dikecam Hebat, Fizi Tampil Buat Permohonan Maaf

Beberapa hari yang lalu, kecoh di media sosial apabila tularnya video watak Fizi mengguris hati Upin dan Ipin dalam episod Syahdunya Syawal yang disiarkan pada Hari Raya pertama di saluran MNCTV, Indonesia hingga mencetuskan pergaduhan di Twitter.

Malah, peminat daripada Indonesia rata-ratanya meminta agar Fizi melakukan permohonan maaf secara terbuka kerana sikapnya yang cakap lepas.

Menerima desakan daripada pelbagai pihak, penerbit Upin dan Ipin akhirnya berjanji akan memastikan permohonan maaf terbuka daripada Fizi akan dilakukan dengan segera kepada semua peminat

Hari ini, di laman Twitter Les’ Copaque mereka memuat naik video permohonan maaf daripada Fizi.

“Hai, saya Fizi. Berdirinya saya di sini untuk memohon maaf kepada Upin dan Ipin.

Fizi tak sengaja tersalah cakap hari itu. Lepas kena cubit dengan Mail, Fizi dah insaf.

Jadi, janganlah marah Fizi lagi,” ujar Fizi sambil menangis di hadapan kamera.

Upin dan Ipin yang menonton video tersebut kemudian memberitahu mereka sudah pun memaafkan beliau.

“Kita kan sahabat selamanya,” ucap Upin dan Ipin sambil tersenyum.

Susulan video itu dimuat naik, nama Fizi sekali lagi trending di Twitter dan menjadi bualan orang ramai.

Ini merupakan reaksi warganet terhadap permohonan maaf Fizi:

Setiap siri Upin & Ipin mendapat permintaan yang tetap dari saluran MNCTV, Indonesia selepas ia berjaya menarik jumlah penonton kanak-kanak mahupun dewasa yang ramai. Siri Upin & Ipin juga dilaporkan sudah memasuki musim ke-14 di Indonesia.

Semoga Fizi tidak bersedih lagi!

Untuk membaca artikel lain berkaitan Upin dan Ipin, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca