Video: Reaksi Kucing Ini Mual Dengan Bau Udang Buat Ramai Geli Hati

Uwekk! Video tular di Twitter mengenai reaksi kucing ini terhadap bau udang buat ramai geli hati melihatnya. 

Sesiapa yang gemar akan si bulus ini pasti sudah terbiasa melihat pelbagai ragam dan telatah yang selalunya buatkan kita terhibur.

Kucing gelojoh makan, kucing takut timun, kucing curi ikan pasti sudah biasa kita dengar bukan?

Walau bagaimanapun, lain pula bagi kucing ini yang membuat bunyi loya setelah menghidu bau seekor udang.

Dalam video tersebut, tuan kepada si comel itu telah menghulur seekor udang untuk ia mencium baunya.

Kucing berwarna kelabu itu terus memberi reaksi hendak termuntah beberapa saat setelah ia mencium bau udang tersebut.

Kucing berkenaan telah menghidu udang tersebut buat kali kedua dan si bulus itu menunjukkan gelagat yang sama membuatkan tuannya tertawa geli hati melihatnya.

Lihat video penuh dibawah:

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata warganet terhibur melihat telatah si bulus ini.

“Udangnya sudah tak segar mungkin.”

“Bila kau diminta masuk ke pejabat untuk kali pertama dalam setahun tapi rasa nak buat perangai.”

“Saya tak jangka dia nak termuntah haha, kelakar!”

“Comel betul dia punya uwekk.”

“Kenapa kucing selalu dramatik?”

“Kucing sudah lupa asal ini.”

“Saya, bila melihat zionist di TikTok dan Twitter berlakon sebagai mangsa.”

Ketika artikel ini ditulis, video di Twitter ini telah meraih sebanyak 952.5K tontonan, 10.6K retweets dan 34.2K likes.

Kelakar betul tengok si meow nak muntah tu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca