Selain rasa dan harga, aspek utama dalam pemilihan tempat makan adalah kebersihan. Tiada siapa mahu makan di restoran yang kotor. Bila nampak ada lipas lalu ketika sedang duduk menjamu selera pun boleh bikin patah selera. Itu baru lipas, belum lagi tikus!

Apakah reaksi anda jika nampak tikus sedang ‘beristirahat’ di restoran? Bukan di lantai atau di kerusi tetapi di atas makanan.

Sebuah kedai tomyam kat kawasan perindustrian bayan lepas, bersebelahan kilang Zoomic… Sapa yang keja area situ tau laa kedai ni…Kiriman Pelanggan..

Posted by Penang Kini on Saturday, 23 November 2019

Baru-baru ini, satu video yang memaparkan seekor tikus sedang duduk bersahaja di atas ayam yang digantung telah menjadi tular di media sosial. Video yang dimuat naik menerusi Facebook Penang Kini itu membuatkan rata-rata warganet kembang tekak. Mana tidaknya, haiwan perosak itu boleh pula duduk di atas ayam yang bakal masuk ke perut para pelanggan.

Difahamkan, kedai makan itu merupakan kedai masakan tomyam yang terletak di kawasan perindustrian dekat Bayan Lepas.

Tinjauan kami di ruangan komen posting itu mendapati bahawa rata-rata warganet menzahirkan rasa marah melihat video tersebut.

Pada masa yang sama, ramai yang bimbang ‘mangsa’ yang memakan ayam perisa tikus itu akan terkena kencing tikus.

Diharap agar selepas ini pengusaha kedai makan akan lebih menitikberatkan kebersihan ketika penyediaan makanan dan juga kawasan sekeliling restoran.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda