Video: Punca Pesawat Bergegar, Pilot Ini Kongsi Detik Langgar Awan

video-punca-pesawat-bergegar-pilot-ini-kongsi-detik-langgar-awan

Mungkin anda pernah rasa goncangan apabila pesawat melanggar awan bagi yang pernah menaiki kapal terbang. Walaupun kadang-kadang goncangan itu hanya skala kecil tapi tidak dapat dinafikan kerana ia cukup membuatkan jantung penumpang berdebar-debar.

Dalam dunia penerbangan, turbulence atau lebih dikenali sebagai goncangan udara ini bukanlah sesuatu yang baru.

Biasanya juruterbang akan maklumkan terlebih dahulu kepada penumpang apabila berlaku situasi seperti ini. Hal ini supaya penumpang bersedia memakai tali pinggang keselamatan bagi mengelakkan sebarang kecederaan jika berlaku sebarang kemalangan.

Kita hanya mampu melihat kabus dari luar tingkap apabila pesawat melanggar awan dan berlaku turbulence. Mesti anda pernah tertanya-tanya, bagaimana pemandangan dari kerusi juruterbang bila pesawat membelah awan?

Seorang juruterbang telah berkongsi satu video menerusi akaun TikToknya @ppbb126 yang menunjukkan keadaan apabila pesawat melanggar awan dari posisi juruterbang. Video ini mendapat 297 ribu tontonan dan 34.2 ribu sukaan setakat ini.

@ppbb126

Reply to @user071838285 we’ll try our best to avoid but sometimes we hv no choice but to go thru em. our decisions are based on passengers comfort as-

♬ original sound – Hannah – Hannah
Sumber: TikTok (@ppbb126)

Di ruangan komen, warganet turut rasa berdebar melihat video tersebut. Ada juga merasa seronok apabila pesawat melanggar awan. Rasa seperti naik roller coaster katanya.

video-punca-pesawat-bergegar-pilot-ini-kongsi-detik-langgar-awan
video-punca-pesawat-bergegar-pilot-ini-kongsi-detik-langgar-awan
video-punca-pesawat-bergegar-pilot-ini-kongsi-detik-langgar-awan

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca