[Video] Penyanyi Rap Antarabangsa Akon Tunai Umrah Di Makkah

Gambar serta video selebriti rap terkenal Amerika Syarikat, Akon atau nama sebenarnya Aliaume Damala Badara Akon Thiam telah tular di laman sosial sehingga mencecah lebih 418,100 tontonan daripada peminat seluruh dunia.

Ketika menjalani ibadah umrah di sana, Akon yang berumur 46 tahun ini, mendedahkan bahawa Islam adalah satu-satunya kunci kejayaan yang diperolehinya selama ini.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa rapper yang terkenal dengan lagu Smack That (2006) ini dilahirkan dalam sebuah keluarga muslim di Amerika.

Difahamkan sebelum Akon mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah, beliau terlebih dahulu mengadakan konsert jelajah di Arab Saudi.

Untuk baca artikel lain berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca