[Video] Penghantar Makanan Ini Dimaki Dan Dipukul Pelanggan

Semalam, tular di laman sosial apabila seorang penghantar makanan telah dipukul dan dimaki seorang pelanggan di sebuah rumah yang dijadikan inap desa di Alma, Bukit Mertajam.

Pelanggan yang berusia 33 tahun itu keluar dari rumah lalu memarahi penghantar makanan tersebut dengan melemparkan kata-kata kesat yang dipercayai berunsurkan perkauman.

Memetik laporan Harian Metro, suspek kemudiannya bertindak menendang badan dan menumbuk muka mangsayang berusia 34 tahun itu sehingga mengalami kecederaan. Walau bagaimanapun, kecederaan yang dialami tidak serius.

“Mangsa yang ketakutan terus ke balai untuk membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa yang bekerja sebagai penghantar makanan sejak sebulan lalu mahu menghantar pizza yang dipesan suspek.

“Bagaimanapun, ketika tiba di kawasan kejadian, mangsa menghubungi suspek untuk pengesahan alamat kerana alamat yang diberikan di dalam aplikasi WhatsApp ada sedikit kekeliruan sebelum berjaya menemui rumah yang didiami suspek namun dia (suspek) keluar dan memarahinya,” jelas Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad.

Menurut Shafee, suspek kemudian menghulurkan wang berjumlah RM50 untuk membayar pesanan yang dibuatnya. Namun, mangsa lambat untuk memulangkan semula baki wang hingga menyebabkan suspek mengambil semula wang itu dan menyerahkan semula makanan yang dipesannya kerana sudah tidak mahu membelinya.

“Mangsa memaklumkan kepada suspek bahawa dia akan melaporkan pembatalan makanan terbabit kepada pihak syarikatnya lalu suspek mengambil semula pesanannya dan melemparkan wang di atas lantai.

“Seterusnya, mangsa juga meletakkan wang baki di atas lantai sebelum beredar tetapi suspek meminta mangsa mengambil kembali wang itu tetapi mangsa tidak mahu dan disebabkan itu suspek memukul serta menendang mangsa.

“Suspek juga dikatakan mahu menjatuhkan motosikal yang ditunggang mangsa dan mangsa mempertahankan dirinya dengan memukul suspek dengan topi keledar sebelum pertelingkahan itu dileraikan pemilik rumah berkenaan,” jelasnya.

Untuk rekod, suspek telah menyewa di inap desa berkenaan sejak lima bulan lalu dan semakan yang dibuat ke atasnya mendapati dia tiada rekod jenayah lampau.

 Menurut pihak polis, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca