[Video] Pengasas Produk Kecantikan Ini Mengamuk Di IKEA Gara-Gara Tidak Dibenarkan Masuk Tanpa Pelitup Muka

Tular di media sosial apabila seorang pengasas kecantikan yang dikenali sebagai ‘Cek Non’, mengamuk di pintu masuk sebuah pusat membeli belah. Dalam video yang berdurasi satu minit dua puluh saat itu, Cek Non dilihat sedang menjerit kepada pengawal keselamatan berwarga Bangladesh, selepas tidak dibenarkan masuk.

Difahamkan, Cek Non dan adiknya tidak dibenarkan masuk kerana salah seorang daripada mereka tidak memakai pelitup muka. Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan awam sebagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19.

“Aku sepak karang, sepatutnya sediakan mask. Ada budak kecil tak pakai mask, kenapa dia lepas.”

“Ni IKEA tau, bukan kedai RM2. Tapi nak kena keluar balik pergi beli mask PKP dah habislah bodoh. Lainlah kalau adik aku demam.” kata Cek Non kepada pengawal keselamatan itu.

Pengawal keselamatan yang bertugas pada ketika itu walau bagaimanapun, tetap tenang dan tidak membalas semula makian Cek Non.

Di penghujung video tersebut, Cek Non bersama dengan adik perempuannya berjaya memasuki premis berkenaan selepas diberikan pelitup muka secara percuma oleh orang awam yang melihat kekecohan yang berlaku.

Mengikut pada perkongsian seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai adik Cek Non, pengawal keselamatan tersebut meminta mereka untuk membeli pelitup muka sebelum dibenarkan masuk.

Sementara itu, tinjaun kami di laman Twitter mendapati rata-rata daripada warganet tidak berpuas hati dengan tindakan Cek Non itu dan mengganggap ia sebagai satu tindakan yang biadap dan kurang ajar.

Untuk baca lebih banyak artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca