[Video] Pengalaman Lihat Haiwan Bertukar Jadi Mimpi Ngeri, Zirafah Ini Tiba-Tiba Naik Angin Dan Kejar Pengunjung

Tiada siapa yang sangka pengalaman untuk melihat haiwan di safari bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kehadiran pengunjung ternyata tidak disenangi oleh penghuninya.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, seekor zirafah di sebuah safari yang bertempat di New Delhi, India yang pada mulanya jinak bertukar menjadi ganas dalam sekelip mata sahaja. Lebih membuat orang ramai ketakutan adalah apabila haiwan itu mula bertindak mengejar para pengunjung.

Menurut laporan media tempatan, pengunjung yang mahu menerokai dan melihat haiwan di safari itu perlu menaiki kenderaan khas yang telah disediakan oleh pihak pengurusan sebagai langkah keselamatan.

Walau bagaimanapun, ketika kenderaan itu menghampiri seekor zirafah dewasa, haiwan itu yang pada awalnya jinak dan berjalan perlahan menuju ke arah kenderaan tiba-tiba naik angin sebelum bertindak mengejar pengunjung.

Haiwan itu dilihat mula bergerak menghampiri mereka semasa pemandu mahu mengundurkan kenderaan bagi menyelamatkan penumpang.

Dalam keadaan cemas, seorang daripada pengunjung sempat merakam detik itu dan berkongsi rakaman tersebut sebelum ia menjadi tular di laman sosial.

Video itu turut dikongsi oleh Pegawai Perkhidmatan Perhutanan India iaitu Sudha Ramen dengan kapsyen, “Jangan membuat kacau dengan zirafah. Tonton video ini untuk melihat sejauh mana kekuatan kaki haiwan itu.”

“Dengan hanya satu tendangan, zirafah boleh membuat seseorang itu tersembam ke tanah. Haiwan itu berlari dengan kelajuan yang pantas,” tulis Sudha Ramen lagi.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan fakta menarik tentang haiwan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca