[Video] Penemuan Ikan Kap Berwajah Manusia Gemparkan Seluruh Penduduk

Penemuan seekor ikan yang mempunyai wajah seakan-akan manusia telah menggemparkan seluruh penduduk di sebuah perkampungan dekat selatan China.

Menurut laporan Daily Mail, ikan kap itu ditemui oleh seorang pelancong di kampung Miao yang cukup terkenal dan menjadi destinasi utama pelancongan di bandar Kunming.

Terpegun dengan apa yang ditemuinya, pelancong wanita itu terus merakam kelibat ikan luar biasa itu.

Rakaman video berdurasi 15 saat itu kemudiannya dimuat naik di Weibo, platform media sosial China. Menerusi video tersebut, ikan itu dilihat berenang ke tepi tasik sebelum bertindak menonjolkan kepalanya yang persis manusia di atas permukaan air.

Ia mempunyai dua mata, dua garis vertikal yang sekali gus menjadikan ia kelihatan seperti hidung manusia dan juga satu bentuk mendatar di bawah mulutnya.

Terdahulu, ikan kap yang mempunyai wajah seakan-akan manusia turut dilaporkan ditemui di Taiwan dan United Kingdom.

Pada sembilan tahun lepas, seorang lelaki Britain yang membeli lima ekor ikan jenis itu turut mendakwa yang ia mula berubah dari masa ke masa dan rupa ikan-ikan tersebut lama-kelamaan kelihatan seperti wajah manusia.

Artikel Lain Untuk Di Baca