[Video] Penduduk Gempar Air ‘Ribena’ Keluar Dari Paip

Air berwarna merah jambu yang keluar dari paip menggemparkan ratusan penduduk di Coal Grove, Ohio di Amerika Syarikat.

Dalam insiden yang berlaku pada 3 Jun lalu, pihak berkuasa bagaimanapun menegaskan bahawa air berkenaan selamat untuk diminum walaupun ia kelihatan sebaliknya.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuci pakaian sepanjang kejadian air merah jambu itu kerana ia boleh memberi kesan kepada pakaian yang dicuci.

Insiden tersebut ternyata membimbangkan para penduduk dan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf gara-gara keadaan yang menimpa mereka semua.

Dalam kenyataan itu juga dijelaskan bahawa warna air itu bertukar menjadi merah jambu kerana terdapat kerosakan pam di loji rawatan air. Ia telah menyebabkan terlampau banyak Natrium Permanganat dilepaskan ke dalam tangki saluran air.

Sampel air berkenaan turut dihantar ke makmal dan keputusan menunjukkan bahawa tahap Natrium Permanganat berada di bawah garis panduan risiko kesihatan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) sekali gus menjadikannya selamat untuk diminum.

Artikel Lain Untuk Di Baca