[Video] Penangkap Pejalan Kaki, Ciptaan Tahun 1930 Ini Bertujuan Mengurangkan Kadar Kematian

Semenjak kes kematian seorang warga England pada tahun 1896 yang menjadi individu pertama mati dilanggar kereta, syarikat automobil berlumba-lumba mahu menghasilkan ciptaan yang dikatakan mampu menyelesaikan masalah ini. Maka, pada tahun 30an, penangkap pejalan kaki telah dihasilkan.

Akhbar Modern Mechanix menyiarkan berita tentang ciptaan itu di muka hadapan pada tahun 1931. Penangkap pejalan kaki ini akan ‘menyapu’ pejalan kaki yang hampir dilanggar untuk mengelakkan kematian.

Ciptaan itu berupa alur yang beroda dan dipasang pada bampar kereta. Penangkap pejalan kaki ini akan mengembang menjadi seperti penyodok apabila punat di dalam kereta ditarik oleh pemandu. Jika ciptaan ini tidak digunakan ia hanya akan kelihatan seperti ‘baju’ bampar.

Walaupun tujuan ciptaan alat ini untuk membantu mengurangkan kadar kematian akibat dilanggar kereta, penangkap pejalan kaki ini tidak dapat dipasarkan kerana tidak melepasi beberapa ciri keselematan.

Contohnya, sekiranya seorang pemandu terlambat menarik punat yang mengaktifkan ciptaan ini, pejalan kaki tetap akan dilanggar. Selain itu, terdapat juga keraguan lain seperti kelajuan kereta yang didakwa mempengaruhi keberkesanan penangkap ini. Walaupun alat sudah dibuka, pejalan kaki berisiko untuk terpelanting dan cedera teruk atau mati akibat impak pelanggaran.

Namun begitu, terdapat sebilangan ciptaan hasil inovasi daripada penangkap ini telah dihasilkan. Namun demikian, inovasi itu tetap menerima nasib sama seperti ciptaan asal kerana masih tidak menjamin nyawa seseorang pejalan kaki yang dilanggar.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca