Sebelum ini dah banyak kali viral gambar atau video yang menunjukkan entiti atau makhluk halus yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar. Kebiasaanya kelibat mereka dirakam dengan tidak sengaja.
Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi sebuah video dilaman Twitter mengenai buaian yang bergerak secara sendiri tanpa ada individu yang bermain dengannya.
Masalahnya bukan sekali awak main buaian tu tapi banyak kali pukul 3 pun awak main😔 pic.twitter.com/3hWEGUdvIH
— Tun N🥺 (@Nazyzz) December 4, 2019
Menurut @Nazyzz, individu yang memuat naik video tersebut, kejadian itu sudah berlaku banyak kali dan video yang dirakam itu adalah sekitar jam tiga pagi.
“Rumah aku ada juga orang pernah nampak dekat tingkat berapa aku tak ingat tapi nampak budak kecik main lari-lari dan mak dia jalan cari anak dia,” katanya.
Tambahnya lagi, tidak masuk akal apabila buai itu mampu bergerak sendiri walaupun kena tiup dengan angin.
Pemuda itu juga menceritakan pengalaman seramnya sepanjang berada dalam rumah tersebut.
Dia pernah diganggu semasa tidur dimana secara tiba-tiba mendengar ada ‘orang’ main pemanas air juga sekitar jam dua hingga tiga pagi.
“Aku dengar bunyi orang main pemanas air rumah aku, macam kita selalu nak ambik air mesti akan tekan habis punat, tetapi dia hanya main-main dan menekan sikit-sikit sahaja,” katanya.
Selain itu, dia juga pernah terdengar ada yang bermain guli dan ketuk dinding di bahagian tingkat atas rumahnya.
Dalam komen tweet tersebut, ada warganet bertanya kepada kawanya yang mempunyai kebolehan untuk melihat makhluk halus sejak lahir lagi.
Dia berkata, buaian yang bergerak sendiri secara laju itu sedang dimain oleh kanak-kanak perempuan manakala buaian yang disebelahnya sedang diduduki oleh wanita yang berambut panjang.
Meremang bulu roma penulis membaca.