[Video] Pelakon Veteran Ini Beri Nasihat Tentang PKP Dalam Bahasa Tamil

Walaupun sudah memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun masih terdapat sebahagian daripada masyarakat kita yang dilihat sedikit liat dalam mengikuti saranan kerajaan untuk kekal di rumah.

Terbaharu, pelakon veteran Lan Zailan memuat naik video nasihat supaya kekal di rumah dalam bahasa Tamil di Facebook miliknya. Rata-rata warganet sangat kagum dengan kemahiran beliau berbahasa selain bahasa Melayu.

Mengulas kandungan ucapannya, beliau mengatakan bahawa orang ramai perlu kekal untuk berada di rumah melainkan mereka mempunyai wang sebanyak RM1,000 untuk membayar denda kerana ingkar PKP.

“Kepada rakyat Malaysia. Mulai daripada hari ini jangan keluar ke mana-mana. Kalau keluar kena tangkap dengan polis nanti kena denda RM1,000. Faham tak?

“Okay stay at home. Jangan keluar ke mana-mana. Tapi kalau awak semua ada duit RM1,000 tu, bolehlah keluar. Tapi kalau tiada, jangan keluar, duduk rumah,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Lan Zailan memiliki kemahiran bercakap dalam bahasa Tamil ketika beliau tinggal di sebuah estet di Slim River, Perak selama 10 tahun dan bercampur dengan masyarakat India. Dari situlah, beliau mahir bertutur dalam bahasa Tamil. Walau bagaimanapun, beliau tidak pandai menulis dan membaca tulisan Tamil.

“Saya bergurau dalam kumpulan WhatsApp artis berkenaan PKP dan Jalil Hamid kata, sepatutnya saya bercakap dalam Bahasa Tamil, manakala Rama (Ramasundram) cakap Bahasa Cina. Apatah lagi, Rama belajar di sekolah Cina dan dia memang pandai cakap.

“Jadinya, saya buat video ini semalam dan tak sangka apabila dimuat naik ke Facebook, dapat perhatian ramai pula,” katanya.

Lan Zailan juga memberitahu bahawa beberapa tahun lalu, beliau sering digandingkan dengan Rama dan mendiang Tan Ting untuk berlawak di persembahan pentas.

“Saya akan cakap Tamil, Rama pula cakap Cina, manakala Tan Ting pula cakap Melayu.

“Sekarang kami sedang mencari pelawak kaum Cina yang mahir Bahasa Melayu bagi menggantikan tempat Tan Ting.

“Saya juga pernah berlakon drama Tamil arahan Rama yang pernah ditayangkan di RTM dan Astro,” katanya.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk membaca artikel lain berkenaan PKP, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca