[Video] Panggil Isteri Rasulullah ‘Orang Tua’, PU Azman Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka

Sejak kebelakangan ini ada sahaja kontroversi yang melibatkan pendakwah terkenal. Nampaknya, kali ini giliran Pencetus Ummah (PU) Azman pula dikritik kerana menggunakan panggilan kurang sesuai iaitu ‘orang tua’ yang merujuk kepada isteri-isteri Rasulullah.

Sedar atas keterlanjurannya itu, PU Azman memohon maaf secara terbuka terhadap isu poligami dan perihal isteri-isteri Rasulullah.

PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, mengakui panggilan itu kurang sesuai walaupun hanya sekadar mahu menggambarkan isteri-isteri Rasulullah yang pernah berkahwin sebelum menikahi baginda.

Selain itu, PU Azman juga memohon maaf dengan kenyataannya bahawa poligami bukanlah sunah.

“Cik Man minta maaf terhadap salah faham terhadap kenyataan Cik Man yang mengatakan poligami bukanlah sunah tapi keadilan itu sunah.

“Cik Man bukan menolak kesunahan poligami secara total tetapi menepis pendirian segelintir yang mengatakan sunah poligami hanya berdasarkan kepada bilangan tapi mengabaikan soal keadilan dalam rumah tangga,” katanya.

View this post on Instagram

Terima kasih kepada semua.

A post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on

Sehubungan itu, PU Azman turut mengucapkan terima kasih kepada ustaz-ustaz yang menegurnya dalam hal ini. Di ruangan komen, rata-ratanya memuji sikap PU Azman kerana menerima teguran dan memohon maaf secara terbuka.

“Cik Man ucapkan terima kasih kepada ustaz-ustaz dan individu yang memurnikan salah faham ini dan memberi teguran,” tulisnya.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama dengan cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca