[Video] Pam Minyak Tiba-Tiba Buat ‘Hal’, Ini Merupakan Fungsi Butang Kecemasan Yang Tidak Diketahui Ramai

Baru-baru ini, tular video berdurasi lapan saat di Facebook mengenai seorang wanita yang menghadapi detik cemas di sebuah stesen minyak. Cuba anda bayangkan, anda sedang isi minyak dan tiba-tiba pam anda buat hal. Tanpa anda sedari, minyak mencurah keluar dengan deras.

Wanita berkenaan kelihatan seperti tidak tahu untuk membuat apa-apa disebabkan kejadian tersebut dan hanya meletakkan muncung pam berkenaan di atas lantai sambil meminta tolong. Dalam video tersebut, tiada individu yang datang untuk membantunya.

Sekiranya anda berada dalam situasi yang sama seperti wanita berkenaan, anda tidak perlu panik kerana anda hanya perlu tekan sahaja butang kecemasan.

Rata-rata warganet berkata bahawa mereka baru sahaja tahu tentang kewujudan butang kecemasan itu selepas mereka menonton video terbabit.

Contohnya, “Sebenarnya, kebanyakan antara kami termasuk saya tidak tahu fungsi butang tersebut. Terima kasih atas perkongsian ini.”

Selain itu, “Saya tidak pernah tahu akan kewujudan butang kecemasan ini di stesen minyak sebelum saya menonton video ini.”

Tidak kurang juga, ada yang berasa marah kerana wanita tersebut tidak terus menekan butang kecemasan itu sebaliknya hanya menghalakan pam minyak itu ke lantai.

Walau bagaimanapun, fungsi butang kecemasan itu adalah untuk kecemasan seperti pemegang nozel minyak anda tiba-tiba tersangkut ataupun anda tidak boleh menghentikan aliran minyak itu sama seperti situasi wanita berkenaan. Anda boleh menonton video tersebut di bawah.

Artikel Lain Untuk Di Baca