[Video] Padah Tiup Muka Ular, Kepala Lelaki Ini Akhirnya Digigit Reptilia Itu

Seorang lelaki tidak semena-mena digigit seekor ular di bahagian kepala apabila dia bertindak meniup dan menggerakkan kepalanya ke arah haiwan berkenaan. Aksi itu dirakam dan video tersebut kini sedang tular di media sosial.

Menerusi rakaman video itu, lelaki berkenaan dilihat seolah-olah sedang bergurau dengan ular itu. Aksi lelaki itu barangkali telah membuat ular tersebut naik angin dan hilang sabar lalu ia bertindak menggigit kepalanya.

Sewaktu digigit, rakaman itu masih berjalan tetapi kelibat lelaki dan ular itu tidak kelihatan kerana dia dipercayai sedang bergelut dengan reptilia itu untuk melepaskan diri di lantai.

Video itu dikongsikan oleh Reptile Hunter di laman Facebook dan dalam sekelip mata, ia mendapat lebih 170,000 tontonan.

Ruangan komen juga dipenuhi dengan coretan warganet. Ada yang berpendapat bahawa perbuatan lelaki itu merupakan sesuatu yang bodoh dan dia layak menerima ‘balasan’ (digigit ular) itu.

Difahamkan, ular dalam video itu adalah jenis yang tidak berbisa. Walau bagaimanapun, keadaan lelaki berkenaan tidak dapat dipastikan.

Artikel Lain Untuk Di Baca