Video: Padah Letak Telefon Di Poket Belakang, Selamba Dirembat Penunggang Motosikal

video-padah-letak-telefon-di-poket-belakang-selamba-dirembat-penunggang-motosikal

Kini, aktiviti menunggang basikal di jalan raya dilihat sebagai suatu trend yang semakin popular. Bukan itu sahaja, aktiviti ini banyak mendapat tempat dalam pelbagai golongan umur.

Walau bagaimanapun, seperti ramai yang ketahui, sukan terbabit mempunyai risiko yang tinggi. Bukan sahaja risiko terlibat dalam kemalangan, malahan penunggang motosikal juga berpotensi untuk menjadi mangsa jenayah.

Menerusi satu perkongsian video daripada sebuah akaun Instagram, @fakta.indo, klip video itu telah menjadi tular di media sosial.

Video berkenaan memaparkan sekumpulan penunggang basikal yang sedang menunggang basikal di sebuah jalan raya. Video klip tersebut dipercayai berlaku di Jakarta, Indonesia.

Difahamkan, terdapat dua orang lelaki yang menaiki motosikal telah menghampiri salah seorang penunggang basikal berkenaan ketika mereka sedang menunggang basikal.

Memetik laporan portal Siakap Keli, lelaki yang sedang membonceng motosikal itu bertindak menyeluk telefon bimbit milik salah seorang penunggang basikal dan dipercayai bahawa mangsa meletakkannya pada bahagian belakang poket bajunya.

Walaupun penunggang basikal tersebut menyedari bahawa telefon bimbitnya itu telah diambil, namun tiada tindakan lanjut yang dapat dibuat olehnya.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih 467 ribu kali.

Sumber: Instagram (@fakta.indo)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca