Baru-baru ini, satu rakaman video tular di mana beberapa orang dewasa cuba menggoyangkan sebuah kereta Proton Persona untuk mengejutkan seorang kanak-kanak perempuan yang tertidur ketika ditinggalkan sendirian di dalam kenderaan tersebut.
Ibu kepada kanak-kanak berkenaan yang turut berada semasa insiden itu berlaku menjelaskan anak perempuannya memang akan ‘tidur mati’ dan sukar untuk bangun sekiranya dia sudah terlelap.
Selepas kanak-kanak tersebut terjaga dari tidur, mereka memberikan arahan kepadanya yang masih dalam keadaan separuh sedar untuk membuka pintu dan cermin.

Pada waktu artikel ini ditulis, video berkenaan telah menerima lebih 657,400 tontonan dan pelbagai reaksi daripada orang ramai. Tinjauan kami di laman Twitter mendapati orang ramai tidak berpuas hati dengan tindakan ibu tersebut yang meninggalkan anaknya bersendirian dalam kereta:
Thats y dont leave your kid alone in the car when you want to go out to buy smtg. https://t.co/hbMdQdUfTX
— Natasha (@ntshadnia) April 25, 2021
PARENTS, please never leave your child alone in the car 😭😭😭😭
— Raff. (@CheauMei) April 25, 2021
This was a near miss. Nasib baik org awam perasan and took action. https://t.co/6gXNuFXL3z
why would you leave your lil girl alone in the car😭😭?? https://t.co/jTWXNF0KSL
— 𝖇𝖊𝖇𝖊👼🏼 (@naqiahfrhn) April 25, 2021
When people will learn.. https://t.co/WCgiHF2FoY
— amani (@sofi4h) April 25, 2021
Why do u leave ur child alone in the car in the first place… https://t.co/k0nAQcXusL
— emma of kattegat (@emmardhiahh) April 25, 2021
Selain itu, ada juga berkongsi pengalaman sendiri yang pernah melalui situasi sama seperti dalam video:
I remember this happening in a car right in front the cafe i was working at, everyone got so panicked and shake the car crazily. Luckily the guy got up from his sleep after almost half an hour https://t.co/wJUQbCt2fm
— naut (@ayvkhdjh) April 25, 2021
honestly, I've been there 😭 sejenis tidur mati https://t.co/fr2CFNLlEF
— d (@diniahza_) April 25, 2021
Dalam pada itu, warganet turut memuji beberapa individu yang cuba menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dengan menunjukkan sikap prihatin dan bekerjasama untuk membantu wanita tersebut mengejutkan anak perempuannya itu dengan selamat.

Seperti yang semua sedia maklum, ia sangat berbahaya untuk tinggalkan anak-anak kecil secara bersendirian di dalam kereta sehinggakan ada yang menyebabkan maut.
Semoga kita akan jadi lebih berhati-hati untuk tidak meninggalkan anak-anak kecil di dalam kereta seorang diri kerana ia mempunyai risiko bahaya yang agak tinggi.
Anda boleh tonton video penuh di bawah.
The public tried to wake the kid up because she fell asleep inside the car https://t.co/DdJrXlFR25 pic.twitter.com/YUxByyuyHl
— penanam anggur (@anthraxxxx) April 25, 2021
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: