[Video] Nyanyian Lagu Negaraku Dalam Bahasa Asing Undang Kemarahan Warganet

Lagu Negaraku merupakan lagu yang melambangkan jati diri rakyat Malaysia. Lagipula, lagu tersebut merupakan lagu yang wajib dinyanyikan oleh rakyat Malaysia setiap kali di perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau majlis-majlis rasmi.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila tular sebuah rakaman yang memperlihatkan pelajar-pelajar Cina menyanyikan lagu kebangsaan dengan menggunakan sepenuhnya bahasa Cina bukan bahasa kebangsaan, Melayu.

Video berkenaan tersebar meluas menerusi halaman Facebook SEDAR. Perkongsian rakaman ini secara tidak langsung menimbulkan kemarahan warganet.

Rata-rata warganet mula mempertikaikan dan mempersoalkan nyanyian tersebut. Manakan tidak, lagu kebangsaan yang dinyanyikan dalam bahasa lain akan menimbulkan kelainan dan kejanggalan.

Malah, ia juga dianggap sebagai tidak menghormati lagu berkenaan. Jika ditelusuri menerusi sudut undang-undang negara, lagu Negaraku merupakan lagu yang telah dilindungi melalui Akta Lagu Negaraku 1968 (ALK1968).

Akta ini jelas bagi melindungi lagu kebangsaan skaligus memperuntukkan ia dimainkan sewaktu majlis-majlis rasmi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, majlis-majlis Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja di Malaysia.

Meskipun akta ini sama sekali tidak menyatakan atau melarang mana-mana indidvidu untuk menyanyikan Lagu Negaraku menggunakan versi baharu iaitu selain bahasa Melayu, namun, lagu ini merupakan simbol kedaulatan negara Malaysia.

Ini bermakna, sebarang penggubahan yang berlaku sama ada lirik atau melodi adalah sangat dilarang kerana tindakan menggubah lagu kebangsaan mendatangkan anggapan negatif atau dalam erti kata lain, anti nasional kerana tidak menghormati sesuatu yang telah diwartakan.

Setakat ini, pihak berkuasa dilaporkan telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat individu tidak bertanggungjawab ini. Sekiranya disabitkan bersalah, individu boleh dihukum melalui Seksyen 8 (ALK 1968) akibat tidak menghormati dan memberi pandangan buruk kepada orang awam.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca