[Video] “Nafsu Datang Daripada Mangsa Rogol”, Kenyataan Perawat Alternatif Ini Dikecam Warganet Negara Jiran

Seorang wanita diselar hebat oleh warganet Indonesia ekoran penularan satu rakaman di mana pengamal perubatan alternatif itu meletakkan kesalahan rogol kepada mangsanya.

Wanita terbabit, Ningsih Tinampi atau lebih mesra disapa dengan panggilan Bu Ning menjadi sensasi di negara jiran selepas video dia sedang merawat mangsa ilmu hitam dimuat naik ke akaun YouTube miliknya.

Walau bagaimanapun, Bu Ning kini dikecam hebat oleh warganet di laman sosial Twitter selepas satu rakaman perubatannya tular.

Video terbabit dimuat naik oleh seorang pelawak negara jiran, Popon Kerok di Twitter pada isnin lalu kini sudah mempunya 2.1 juta tontonan, 4.7 ribu ulang kicau dan 10.9 ribu tanda suka.

Melalui video berkenaan, Bu Ning memberi hujah bahawa pelaku rogol tidak sepatutnya dipersalahkan. Tambahnya lagi, perkosaan berlaku kerana mangsa telah menaikkan nafsu syahwat si perogol dengan memakai pakaian yang singkat.

Difahamkan, semasa sesi rawatan tersebut, Bu Ning sedang berkomunikasi dengan genderuwo (hantu) yang sudah merasuki badan pesakit wanita yang memakai baju kuning.

Genderuwo berkenaan telah mendedahkan identitinya kepada Bu Ning yakni seorang remaja 18 tahun yang mengambil nyawanya sendiri selepas diperkosa dan hamil.

Di dalam video itu juga, Bu Ning berkata kesalahan merogol tidak seharusnya diletakkan ke atas si pelaku. Malah, pengamal perubatan alternatif itu juga memberitahu orang ramai yang hadir bahawa genderuwo terbabit sering berpakaian seksi dan menggoda orang lain semasa hidupnya.

Ekoran daripada penularan video terbabit, Bu Ning kini dikecam hebat oleh warganet. Malah, Popon Kerok juga menerima tempiasnya kerana memberi komentar berbaur jenaka.

https://twitter.com/putriyw_/status/1198952427497541632?s=20

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca