Benar bahawa ibu bapa sahaja tahu tentang keadaan anak mereka yang mempunyai masalah lambat bercakap, tetapi orang luar tidak boleh sesuka hati membuat andaian sendiri.
Walaupun setiap manusia mempunyai keunikan mereka tersendiri, berbeza pula dengan kisah seorang anak kecil yang mempunyai masalah ‘speech delay’ walaupun usianya sudah mencecah tiga tahun.
Seorang pengguna Twitter iaitu @AlinZahar memuat naik sebuah video di mana anak saudaranya itu menyanyi lagu Rampas di pusat karaoke semasa bersantai bersama keluarga.
Anak buah aku, doc suspect dia ni speech delay. Umur 3 tahun tapi still tak pandai cakap lagi. Nak kira hari2 tengok video lagu Rampas by @AkimAhmad. Semalam mak pak dia bawak pergi karaoke, terkejut bila dia dapat sebut sikit2. 😍😍 pic.twitter.com/LOSWutbXQm
— Rosemary. (@AlinZahar) December 9, 2019
Menerusi bebenang tersebut, kanak-kanak berusia tiga tahun itu yang lebih dikenali sebagai Aufa sering menonton video lagu-lagu Akim Ahmad di YouTube.
Walaupun begitu, mereka sekeluarga tidak menyangka Aufa boleh mengikut bait-bait lagu ini walaupun tidak lancar kerana kanak-kanak itu selalu bercakap menggunakan ‘bahasa’ dia sahaja.
Video ini berjaya menerima 171,000 tontonan dan 1,974 ulang kicau. Penyanyi asal lagu Rampas iaitu Akim turut meninggalkan komen positif kepada keluarga Aufa.
Beza pandai anak kecil ni tak sama. Ada yang bercakap dulu, atau ada yang dari tingkah laku. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta berdedikasi pada ibu bapa. 😘 https://t.co/z0BiwFhcvS
— Akim (@AkimAhmad) December 9, 2019
Rata-rata warganet berkongsi pengalaman tentang pengalaman mereka dikelilingi oleh kanak-kanak yang mempunyai masalah yang sama tetapi ada yang sudah sihat dan kini bercakap dengan lancar.
Dalam pada itu, untuk mereka yang tidak puas tonton video pertama, anda boleh tonton video di bawah.
Terima kasih, Akim. Rabu ni dia ada check up dengan pakar, minta doakan Aufa Khairy ye. 🥰 Btw belanja video Rampas siap dengan step yang dia hafal. pic.twitter.com/pIx070scwy
— Rosemary. (@AlinZahar) December 9, 2019