Personaliti media sosial Khairulaming terharu apabila salah satu video resipinya telah berjaya menarik perhatian cef selebriti terkemuka dunia Gordon Ramsay di TikTok.
Gordon puji masakan Khairulaming

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, Gordon memberikan reaksi terhadap resipi Burnt Sugar Steamed Pudding yang disediakan oleh Khairulaming.
@gordonramsayofficial #duet with @Khairulaming Spoons on me for the holidays ! Well done ! Get more recipes like this in my #unchartedcookbook Gx #ramsayreacts
♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming
Sekiranya anda menonton video itu, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman menjelaskan bahawa dia mengambil inspirasi daripada buku Gordon Ramsay’s Uncharted: A Culinary Adventure With 60 Recipes From Around the Globe untuk menghasilkan pencuci mulut berkenaan.
Gordon dilihat memuji teknik masakan Khairul sepanjang video reaksi itu yang disifatkan sangat menarik dan tepat. Cef selebriti dari United Kingdom itu ternyata tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila melihat hasil akhir juadah yang disediakan oleh Khairulaming.
”Saya akan berada di Malaysia minggu depan dan saya akan tunjuk kepada kamu sekali lagi. Tahniah,” ujar Gordon.
Reaksi Khairulaming
guysss Gordon Ramsay duet video masak sayaaaa 🥹🥹🥹 pic.twitter.com/XjHCUHD5Uz
— Khairulaming (@khairulaming) May 17, 2023
Khairulaming berkata menerusi ciapan di laman Twitter, “Guysss Gordon Ramsay duet video masak sayaaaa.”
Khairul berkata dalam video balasnya bahawa dia hanya menyedari video reaksi berkenaan pagi tadi, “Tadi aku bangun tidur lepas tu semua orang duduk tag aku yang Gordon Ramsay dah react video masak weh seriouslah? Aku harap dia tak makilah. Aku takut dia marah ke maki apa kan. Kita tengok dulu apa reaction dia.”
Dalam pada itu, Khairulaming juga sempat berseloroh di hujung videonya ketika membalas video Gordon, “Haaa datang Malaysia. Saya bagi sambal.”
Anda boleh tonton video penuh di bawah.
@khairulaming #duet with @Gordon Ramsay #Duet haaaaa Gordon Ramsay noticed my video. Thank you! 🥹
♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: