[Video] Mahu Ajar Berjalan, Bapa Pukul Bayi Perempuan Undang Amarah Warganet

Tular di laman sosial Twitter mengenai video seorang lelaki yang memukul seorang bayi perempuan. Kejadian yang berlaku di Dubai, Arab Saudi itu telah mengundang kemarahan warganet yang rata-rata mengecam tindakan lelaki tersebut.

Seorang penulis blog terkenal warga Jordan, Omar Zorba telah memuat naik informasi berkaitan lelaki yang juga merupakan bapa kepada bayi yang didera itu. Menurutnya, lelaki tersebut dianggap pelik oleh rakan sekerjanya. Dia tidak bercakap dengan sesiapa. Malah, tiada siapa yang mengetahui nombor telefon lelaki tersebut.

Jurucakap bagi Kementerian Buruh dan Pembangunan Sosial berkata video tersebut telah disahkan oleh kerajaan dan mereka kini giat mengesan lelaki tersebut atas tuduhan mendera kanak-kanak.

Dalam rakaman tersebut, lelaki yang berpakaian berwarna merah itu dilihat memukul bayi perempuannya sehingga bayi itu menangis teresak-esak. Video tersebut telah mendapat sebanyak 41.8 ribu tontonan, 138 ulang kicau dan 209 tanda suka.

Majoriti warganet yang melihat video tersebut mengecam teruk perbuatan si bapa yang disifatkan tidak berperikemanusiaan. Ramai yang meminta kerajaan Saudi untuk menghukum lelaki tersebut atas perilakunya.

Beberapa jam setelah video penderaan itu tular, si bapa telah memuat naik satu video di laman Instagram di mana dia mempertahankan tindakannya.

View this post on Instagram

"ุงู„ูˆุญุด ุงู„ุจุดุฑูŠ" ุงู„ุฐูŠ ูƒุงู† ูŠุถุฑุจ ุงู„ุทูู„ุฉ ูŠุนุชุฐุฑ ูˆูŠู‚ูˆู„ ุฃู†ู‘ ุงู„ููŠุฏูŠูˆ ู‚ุฏูŠู… ูˆุฃู†ู‡ ูƒุงู† ูŠู…ุฑ ุจุฃุฒู…ุฉ ู†ูุณูŠุฉ!! ู„ู„ุฃุณู ู‡ุง ู‡ูˆ ุญุฑ ุทู„ูŠู‚ ุฑุบู… ูุนู„ุชู‡ ุงู„ุดู†ูŠุนุฉ!! ุฃูŠู† ู…ู† ูŠุญุงุณุจู‡ ูˆูŠุนุงู‚ุจู‡ุŸุŸ

A post shared by Batoul Abdallah / ุจุชูˆู„ ุนุจุฏุงู„ู„ู‡ (@batoulabdallahofficial) on

Video yang berbahasa Arab itu menujukkan si bapa bersama bayinya yang sudah meningkat usia berada dalam keadaan baik. Menurut lelaki tersebut, dia memukul anaknya kerana mahu bayi itu berjalan dengan betul. Dia turut menambah bahawa video yang tular di laman Twitter itu merupakan video lama yang sengaja dimuat naik isterinya kerana mahu membalas dendam.

Lelaki itu berkata isterinya telah meninggalkannya dua minggu yang lalu bersama empat orang anaknya. Bercakap mengenai video penderaan tersebut, lelaki itu berkata dia sudah bertaubat dan waktu video itu dirakam dia sedang mengalami beberapa gangguan psikologi.

Walau bagaimanapun, video kedua tersebut seolah-olah bagaikan mencurah minyak ke api apabila ia semakin membuatkan warganet marah dan menegaskan bahawa pihak berkuasa harus segera menyelamatkan anak-anaknya daripada menjadi mangsa dera.

Pihak polis Saudi telah mengesahkan bahawa lelaki tersebut kini berada dalam tahanan mereka. Kesemua empat anaknya pula sudah dibawa ke jabatan kebajikan untuk dijaga dengan cara yang sewajarnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca