Video Lucah Mirip Zul Ariffin Tersebar, Akaun Instagram Dinyahaktif Selepas Dihujani Komen Peminat

Sebut sahaja Zul Ariffin, pasti semua kenal dengan pelakon terkenal tanah air ini. Mana tidaknya, selain lakonannya yang mantap dan bersahaja, Zul Ariffin menjadi kegilaan para gadis kerana wajahnya yang cukup kacak.

Nama Zul Ariffin kini hangat diperkatakan warganet selepas satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki mirip pelakon berusia 33 tahun itu mula tular di laman Twitter pada awal pagi tadi.

Menerusi video berdurasi 45 saat itu, individu berkenaan dilihat sedang duduk dalam keadaan berbaring di atas katil sambil merokok sebelum mula menghalakan kamera ke arah alat sulitnya.

Keadaan sekeliling seolah-olah menunjukkan individu tersebut sedang berada di dalam sebuah bilik hotel. Pada masa yang sama, dia seakan-akan sedang berinteraksi dengan individu lain menerusi panggilan video.

Video tersebut menjadi tular dalam sekelip mata sahaja. Semasa artikel ini ditulis, ia telah mencatat hampir 40,000 jumlah tontonan.

Penularan video berkenaan membuatkan rata-rata peminat Zul Ariffin terkejut dan mula menyerang akaun Instagram pelakon yang terkenal menerusi drama berjudul Setelah Ku Dimiliki itu untuk meminta penjelasan. Tidak lama selepas itu, Zul Ariffin didapati telah menyahaktifkan akaun Instagramnya.

Buat masa ini, pelakon berketinggian 183 sentimeter itu masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai penularan video tersebut.

Artikel Lain Untuk Di Baca