[Video] Luar Biasa! Kanak-Kanak Ini Ada ‘Kuasa’ Nyalakan Mentol Guna Kulit

Seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Abu Thahir tiba-tiba menjadi popular gara-gara dia dikatakan mempunyai ‘kuasa’ di mana dia berupaya untuk menyalakan lampu dengan hanya menggunakan kulit pada tubuh badannya.

Kanak-kanak yang berusia 9 tahun itu pada mulanya dikatakan menyentuh mentol LED yang dibawa oleh bapanya, Nizar Thahir secara tidak sengaja.

Bapanya yang merupakan seorang juruteknik itu sangat terkejut apabila mentol itu tiba-tiba sahaja menyala.

Sejak kejadian itu, mereka sekeluarga menyifatkan Thahir mempunyai kemampuan luar biasa dan ‘kuasa’ itu adalah anugerah daripada Tuhan.

Namun begitu, seorang saintis telah tampil dan menerangkan bahawa tindak balas kandungan garam yang tinggi dalam tubuh Thahir menyebabkan lampu itu menyala.

Dalam erti kata lain, badan kanak-kanak itu bertindak sebagai konduktor. Begitulah penjelasan di sebalik ‘kuasa’ yang dimiliki kanak-kanak ‘ajaib’ itu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca