[Video] Lelaki Ini Latih Sepasukan Ikan Emas Main Bola Sepak

Kata orang, ikan emas boleh dilatih untuk buat pelbagai helah, asalkan diberi ‘upah’ berbentuk makanan.

Seorang lelaki di China telah membina sebuah ‘stadium’ di dalam tangki ikan sebagai medan perlawanan bola sepak antara pasukan ikan emas belaannya.

Sumber gambar: Video SCMP

Menerusi siaran video South China Morning Post, pemilik ikan emas yang dikenali sebagai Yang Tiaxin ini berkata bahawa beliau amat meminati sukan bola sepak dan mula melatih ikan-ikan ini sejak setengah tahun yang lalu

“Ikan emas ini saya bela sejak mereka kecil lagi. Apabila mereka sudah biasa dengan anda, ia akan rembat apa saja yang anda beri.

Perlahan-lahan saya melatih mereka dengan memberikan habuan berbentuk makanan setiap kali mereka berjaya skor gol. Mengambil masa jugalah untuk mereka mahir.” jelas peminat Lionel Messi ini.

Dalam klip video tersebut, anda akan melihat ikan emas ramai-ramai menggolek dan membuat hantaran bola tersebut sehingga menjaringkan gol.

Untuk baca lagi artikel berkaitan, klik pautan artikel di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca