Search
Close this search box.

Video Lelaki Disamun Guna Parang Tular, 2 Suspek Berjaya Ditahan Polis

Dua orang lelaki warga tempatan telah ditahan polis selepas mereka disyaki melarikan wang tunai RM10,000 dalam kejadian samun menggunakan parang di hadapan Teega Tower dekat Iskandar Puteri, Johor pada Isnin lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri iaitu Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata pihak polis telah menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek berusia lingkungan 40-an yang terlibat dalam kejadian itu.

“Kita mengesan video tular itu pada Rabu namun tangkapan sudah dibuat pada Isnin lalu iaitu pada hari sama kejadian. Bertindak atas maklumat dan risikan, suspek pertama ditahan pada jam 10.15 pagi di Horizon Hill dan suspek kedua pula ditahan pada jam 9 malam hari yang sama di Gelang Patah.

Sumber: mStar

Berdasarkan siasatan yang dilakukan, suspek mengaku terbabit dalam kes yang berlaku pada jam 9.45 pagi itu dengan cara melanggar kereta mangsa dan mencederakan mangsa menggunakan parang,” ujar Rahmat menerusi kenyataan pada Khamis.

Selain senjata parang dan kenderaan digunakan suspek, Rahmat turut berkata pihak polis merampas RM10,000 yang disamun daripada mangsa iaitu seorang peniaga dalam talian.

“Kedua-dua suspek tersebut ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan. Kita percaya masih ada tiga lagi rakan suspek yang masih bebas.

Siasatan masih diteruskan bagi mengesan rakan jenayah suspek berkenaan. Kes disiasat bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (rompakan berkumpulan),” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai yang menyaksikan insiden berkenaan tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk membantu siasatan

Baru-baru ini, sebuah video berdurasi dua minit 17 saat tular di media sosial yang memaparkan tiga individu bersenjatakan parang menyerang mangsa di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Mangsa cuba melarikan diri tetapi dua buah kereta disyaki rakan suspek telah menghalang kenderaan tersebut. Dalam video itu juga, anda dapat melihat salah seorang suspek berjaya melarikan bungkusan mengandungi wang tunai berjumlah RM10,000 dari tempat duduk belakang kenderaan itu.

Untuk baca artikel-artikel berkenaan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca