[Video] Leka Bermain Dengan Ular Yang Berada Dalam Bakul, Kanak-Kanak Ini Menjadi Mangsa Patuk

Malang tidak berbau. Cuba bayangkan, anak anda sedang bermain tanpa pengawasan anda dan seekor ular mematuknya secara tiba-tiba.

Kejadian ini berlaku apabila ular itu masuk ke dalam sebuah bakul yang penuh dengan mainan kanak-kanak berkenaan. Dalam rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV), mangsa kelihatan sedang bermain bersendirian dan memunggah permainannya yang berada di hadapan pintu rumahnya sebelum kejadian tersebut.

Gara-gara ‘objek’ dalam bakulnya itu berjaya menarik perhatiannya dan dia tidak tahu bahawa ular itu berbahaya kepadanya, dia menarik ular yang menyusup di celah lubang bakulnya itu keluar.

Kemudian, dia memasukkan semua permainan itu dalam bakulnya dan turut membawa haiwan tersebut ke dalam rumahnya. Selepas kakinya digigit oleh ular tersebut, dia terduduk secara tiba-tiba. Namun, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki yang dipercayai merupakan ahli keluarganya.

Video yang berdurasi selama dua minit dan 39 saat ini dikongsikan oleh Durian media dalam Facebook mereka dan berjaya menerima 63,000 tontonan dan 273 perkongsian.

Rata-rata warganet mempersoalkan keputusan ibu bapanya untuk membiarkan kanak-kanak itu bermain di luar bersendirian tanpa pengawasan mereka. Tidak kurang ada juga yang memuji kanak-kanak tersebut kerana pandai mengemas permainan miliknya.

Namun, tiada maklumat lanjut yang boleh dikenal pasti mengenai insiden berkenaan. Ibu bapa diingatkan untuk berwaspada dan sentiasa memantau kawasan persekitaran rumah. Anda boleh tonton video berkenaan di bawah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca