Janna Nick bukanlah satu nama yang asing dalam kalangan peminat drama tempatan. Nama aktres tersebut terpalit dalam kontroversi selepas video lama Janna pada tahun 2018 tular semula sejak beberapa hari lalu.
Dalam video tersebut yang berlaku pada tahun 2018, Sharifah Sakinah dan Janna Nick didakwa telah mempersenda pemergian mendiang Jonghyun SHINee.

Sekiranya anda menonton video tersebut, kedua-dua aktres berkenaan sedang berada di sebuah salon untuk rawatan rambut. Sakinah bertanya kepada Janna yang membuat rawatan rambut menjadi blonde, “Ini yang mati tu kan?” Selepas mendengar soalan tersebut, Janna terus ketawa.
Untuk pengetahuan anda, Sakinah sudah membuat permohonan maaf berkenaan isu tersebut dengan menjelaskan bahawa Janna tidak terlibat dengan kenyataan yang dia buat pada waktu itu.

Walau bagaimanapun, video yang tular itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana pemergian individu bukanlah bahan jenaka. Pada waktu artikel ini ditulis, nama Janna Nick masih trending di laman Twitter.
Oleh itu, pelakon Cari Aku Di Syurga tersebut tampil menjelaskan perkara sebenar di laman Instagram. Janna turut bersumpah dengan menggunakan al-Quran dan turut menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu tersebut.

Menurut Janna, dia tidak dengar apa yang Sakinah cakap pada waktu itu kerana keadaan dalam salon tersebut agak bising dengan bunyi mesin pengering rambut.
“Saya tidak tahu langsung yang benda itu ditujukan untuk si mati. Sakinah pun sudah buat permohonan maaf sebelum ini dan menjelaskan bahawa saya tidak terlibat,” jelasnya.
Janna menjelaskan bahawa dia tidak akan terus berdiam kerana kecaman yang diberikan terlalu kasar sehingga membabitkan ibunya, “Sampai melibatkan nama ibu saya. Apa ni adik-adik? Agak-agaklah ya. Benda ini tidak kelakar pun dan saya sudah difitnah.”
Menerusi video tersebut, Janna berkata yang dia memang akan ketawa setiap kali Sakinah bercakap kerana aktres tersebut kuat membahan dirinya. Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet agak bengang dengan video penjelasan tersebut:
I srsly hate the way Janna Nick called Jonghyun ‘si mati’ . She’s even promoted her low class film on her apology post wtf. Now who’s the toxic ..
— 「 。𝒪𝓇𝑒o✿° ☆。」 (@oreodavilla) February 21, 2021
Janna Nick "apology" wasn't sincere tho? Like, she called Jonghyun "si mati" and she promoted her movie in her apology caption? She really took the time and promoted her movie like somebody is gonna watch it? No, I just know nobody would watch the movie. pic.twitter.com/UECa1jlDuq
— pvffyrosie (@pvffyrosie) February 20, 2021
Wtf is this??? She literally addressed him as "si mati" And expect for us to accept the apologies??? calling us "kpop fanatic" And "peminat si mati" Wtf janna nick?? What the actual fuck is wrong with u??? Idfc if janna nick fans sees this tweet, we're NOT gonna accept ur+ pic.twitter.com/irVyUYccFS
— Ohmmmyyyyyyggghghhhhhgggdhdhsjsixud (@Aliesha31944026) February 20, 2021
i just watched the clarification video by janna nick regarding the video about late jonghyun in 2018. i can see she genuinely didn’t know who jonghyun was, nor understood that sharifah’s joke was about the late artist. she was in a situation where you don’t understand
— nur (@hanareene) February 20, 2021
“ support la artis local klau tak mcm mana nak maju “ meanwhile artist local :
— 𝐣𝐞𝐨𝐧𝐠𝐠𝐮𝐤𝐢𝐞 ♡ (@banana_uyuu97) February 20, 2021
: making joke abt dead ppl
: backup kawan curang
janna nick is never on my list for malay artist istg .
I saw this video on tiktok and wtf Janna Nick & Sharifah Sakinah . seriously there are very fucking rude pic.twitter.com/dhsFgTRrgg
— bubuuu (@y4n4_cZenies) February 20, 2021
First of all, sorry if I hurt anyone feelings. For me, yes Janna Nick & Sharifah Sakinah did wrong. But kpopers can y'all stop come to her or any local artist dm throw hate & use bad words with kpop idols as pfp? Always remember that your attitude will reflect to your idols :'(
— qa (@HaknyeonTheB) February 20, 2021
is not a joke for god sake what's wrong with you janna Nick and sharifah sakinah??? pic.twitter.com/Ribr7Dmvve
— `lay (@B4NGCHVVN) February 19, 2021
Apa pendapat anda?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan Jonghyun, anda boleh klik pada pautan di bawah: