Video: Lain Dipesan Lain Yang Dapat, Wanita Ini Terima Tuala Goreng Salut Tepung

Alique Perez, seorang wanita dari Filipina sangat terkejut apabila dia menerima tuala goreng yang bersalut tepung dan bukan ayam goreng yang telah dipesan di salah sebuah restoran makanan segera terbesar di sana iaitu Jollibee.

Beberapa gambar dan sebuah video yang menunjukkan ‘makanan’ yang dipesannya itu dimuatnaikkan ke dalam sebuah hantaran di Facebooknya kini telahpun tular.

Dia menyatakan bahawa dia telah memesan hidangan ‘Chickenjoy’ untuk anak lelakinya dari Jollibee di cawangan Metro Manila melalui pesanan Grab.

Setibanya pesanan makanan itu di rumahnya, dia mendapati bahawa ‘ayam’ itu terlalu susah dan liat untuk dipotong.

Alique berkata dalam hantaran Facebooknya itu, dia sedang cuba untuk menyuap anaknya makan tetapi ‘ayam’ itu susah untuk dipotong. Jadi, dia cuba untuk menyiat daging ayam tersebut menggunakan tangannya.

Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati ‘ayam’ yang liat tersebut sebenarnya ialah tuala yang telah digoreng bersalut tepung.

Dia menzahirkan rasa marah dan jijiknya terhadap perkara tersebut.

Video yang telah dikongsikan di laman sosialnya pada Selasa lepas telah tular dan mendapat perhatian warganet sehingga mendapat sebanyak 2.6 juta tontonan.

Hantaran tersebut juga telah dikongsikan lebih 87,000 kali dan menerima hampir beribu komen yang terkejut dan jijik dengan isu tersebut.

Salah sebuah komen di hantaran tersebut menyatakan bahawa bancuhan tepung yang digunakan untuk menggoreng ayam ‘Chickenjoy’ yang lain juga pasti telah terkontaminasi dengan tuala tersebut.

Jollibee Foods Corp memaklumkan bahawa cawangan Jollibee tersebut tidak menepati prosedur standard penyediaan makanan.

Jollibee cawangan tersebut telahpun ditutup buat sementara waktu setelah hantaran tersebut tular atas sebab isu kebersihan restoran itu.

Syarikat itu juga menjelaskan bahawa mereka akan melatih semula pekerja-pekerja untuk memastikan perkara tersebut tidak akan berulang kembali.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca