[VIDEO] Lagu Si Nopal Berkhemah Versi Nasyid

Kartun animasi Si Nopal ternyata mendapat perhatian dan sambutan baik dalam kalangan rakyat Malaysia. Animasi lucu dari negara jiran, Indonesia itu minggu lepas dipertikaikan umum yang berhujah tentang maksud ‘bahenol’. Ia dikatakan mempunyai maksud yang tidak baik, namun selepas beberapa siri penjelasan dan kajian beberapa individu yang ‘rajin buat kerja rumah’, bolehlah dirumuskan bahawa ia lebih sekadar salah faham tentang penggunaan bahasa sahaja.

YouTube Animasinopal sehingga kini telah mempunyai hampir 600 ribu orang subscribers, serta 1.2 juta pengikut di Instagram.

Lagu-lagu daripada animasi ini tidak terlepas daripada menjadi cover song oleh artis-artis juga warganet. Ada yang diremixkan dan ada juga yang diolah dengan versi sendiri mengikut kreativiti penyanyinya. Antara yang menarik adalah perkongsian daripada Instagram Amal Roszaimi ini. Beliau melantunkan lagu Si Nopal dalam versi nasyid.

Antara video nyanyian beliau dan rakan-rakan lain yang boleh tahan sedap adalah cover All I Ask – Adele ini.

https://www.instagram.com/p/BtqWahbAFy1/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=p1h8swo9ek1k

Nak minta beliau lantunkan lagu lain? Bolehlah follow Roszaimi di Instagram dan request di bahagian komen atau DM. Manalah tahu beliau terbuka hati nak tolong nyanyikan nanti.

Artikel Lain Untuk Di Baca