[Video] Lagu ‘Psycho’ Red Velvet Raih 10 Juta Tontonan Dalam Masa Kurang Satu Hari

Penyanyi berkumpulan Red Velvet melancarkan projek akhirnya berjudul The ReVe Festival: Finale yang kelihatan sangat berbeza berbanding sebelumnya apabila mereka menggunakan konsep pakaian menyeramkan.

Album yang memuatkan 16 buah lagu itu mengangkat Psycho sebagai lagu utama untuk dilancarkan kepada khalayak umum.

Menariknya, muzik video bagi lagu berjudul Psycho itu mencatatkan rekod tersendiri apabila berjaya meraih 10 juta tontonan di YouTube dalam masa kurang 24 jam ia dilancarkan.

Ia juga menerima 1.5 juta tanda suka dan menjadi trending di laman YouTube dan Twitter.

Psycho merupakan lagu bergenre city pop. Maka, tidak hairanlah sekiranya ia menjadi perhatian pendengar di samping melodinya yang kedengaran sangat catchy.

Liriknya pula mengisahkan tentang pasangan yang sering bertengkar sehingga kelihatan gila di mata masyarakat.

Berikutan itu, rata-rata warganet memberikan pujian kepada kumpulan bawah agensi SM Entertaiment itu kerana menganggap dan berpendapat bahawa projek mereka kali ini dikatakan sempurna merangkumi semua aspek daripada segi lagu, visual dan koreografi.

Malah, warganet turut menyifatkan ia merupakan lagu terbaik daripada penyanyi berkumpulan Red Velvet.

Untuk membaca artikel yang berkaitan dengan selebriti K-Pop, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca