Seekor kucing telah ditemui oleh seorang lelaki bernama Faez Lee.
Lebih menyedihkan apabila kucing jalanan tersebut ditemui dalam keadaan tercedera bersama dengan darah yang memenuhi di ruang lantai.
Rakaman video yang memperlihatkan bagaimana siksanya si bulus menahan kesakitan dimuat naik oleh Faez Lee menerusi akaun Twitternya.
Kucing tersebut kemudiannya dihantarkan ke pusat perlindungan haiwan untuk penerimaan rawatan lanjut.
Menurut pemuda ini, terdapat 3 dawai yang menusuk wajah si bulus bermula daripada mulut sehingga telinga.
Bukan itu sahaja, mata kiri haiwan ini menjadi buta sementara mata kanan yang telah dicungkil masih dalam rawatan.
Melihat keadaan si bulus, ia dipercayai berlaku akibat perbuatan tidak bertanggungjawab manusia.
Sekiranya ia terlibat dalam kemalangan, luka dan kecederaan yang dialami pasti melibatkan seluruh tubuh badannya.
Namun, luka parah itu hanya mengakibatkan bahagian mata dan wajahnya sahaja.
Rakaman yang dikongsikan oleh pemuda ini secara tidak langsung menerima perhatian warganet.Rata-rata mereka mengecam tindakan individu yang menyiksa dan mendera si bulus tanpa rasa belas kasihan.
Demikianlah perkongsian kali ini mengenai si bulus atau lebih dipanggil sebgaai si Oyen oleh warganet. Apa-apa pun, sangat tidak patut untuk seorang manusia berlaku kejam kepada binatang.
Semoga individu yang melakukan perbuatan terkutuk ini segera mendapat balasan yang setimpal atas perlakuannya.