[Video] Kompilasi Gol Antara Harimau Malaya Menentang Vietnam

Pasukan bola sepak negara akan menentang pasukan bola sepak Vietnam bagi saingan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium My Dinh, Hanoi malam ini. Kedua-dua pasukan ini telah bertemu antara satu sama lain sebanyak 13 kali sejak tahun 1998.

1. Vietnam 1 Malaysia 0 (Peringkat Kumpulan, 30 Ogos 1998)

Sebagai rekod, ketika saingan Piala AFF Suzuki tahun 1998, pasukan negara kita tewas 0-1 dengan pasukan Vietnam dalam saingan peringkat kumpulan. Gol pasukan Vietnam dijaringkan oleh Hong Son Nguyen pada minit ke-50.

2. Malaysia 2 Vietnam 3 (Peringkat Kumpulan, 8 Disember 2008)

Pertemuan ini merupakan salah satu perlawanan yang menarik kerana kedua-dua pasukan membalas serangan gol dan akhirnya Vietnam berjaya menjaringkan gol kemenangan bagi menewaskan Malaysia dalam saingan peringkat kumpulan.

3. Malaysia 2 Vietnam 0 (Separuh Akhir, Perlawanan Pertama, 15 Disember 2010)

Pasukan ini kembali bertemu selepas pasukan Vietnam menerima kekalahan dua tahun yang lepas. Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan dalam perlawanan di Stadium Bukit Jalil. Safee Sali meletakkan pasukan Malaysia di hadapan dengan jaringan pertama perlawanan itu.

Kemudian, pasukan Malaysia menjaringkan gol kedua atas kesilapan penjaga gawang lawan.

4. Vietnam 0 Malaysia 0 (Separuh Akhir, Perlawanan Kedua, 18 Disember 2010)

Pasukan Vietnam buntu selepas perlawanan kedua saingan separuh akhir berakhir tanpa jaringan. Ini membuatkan pasukan Harimau Malaya layak ke saingan seterusnya.

5. Malaysia 1 Vietnam 2 (Separuh Akhir, Perlawanan Pertama, 7 Disember 2014)

Pasukan Harimau Malaya menunjukkan taring selepas menjaringkan gol pertama perlawanan dengan sepakan penalti. Pasukan Vietnam terus berusaha mencari gol penyamaan. Tidak mengambil masa yang lama, pasukan Vietnam berjaya menjaringkan gol dan ini meletakkan pasukan Malaysia dan Vietnam seri. Gol kedua Vietnam berjaya dijaringkan dan meletakan Harimau Malaya di belakang.

6. Vietnam 2 Malaysia 4 (Separuh Akhir, Perlawanan Kedua, 11 Disember 2014)

Selepas Harimau Malaya menerima kekalahan di tempat sendiri, perlawanan kedua bertempat di Vietnam. Pasukan Harimau Malaya membawa misi kemenangan untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya.

Gol pertama dijaringkan oleh Harimau Malaya dengan sepakan penalti. Harimau Malaya menjaringkan gol kedua selepas penjaga gawang Vietnam membuat kesilapan.

Pasukan Vietnam cuba mengejar pasukan Harimau Malaya dengan jaringan penalti. Kesilapan pemain pertahanan Vietnam akhirnya memberikan gol ketiga untuk pasukan Harimau Malaya.

Gol empat berjaya diperoleh menerusi sepakan sudut dan disempurnakan dengan tandukan ke gawang gol. Pasukan Vietnam menjarikan gol kedua selepas jauh ketinggalan. Pasukan Vietnam menerima kekalahan di tempat sendiri.

7. Malaysia 0 Vietnam 1 (Peringkat Kumpulan, 23 November 2016)

Malaysia kalah di tempat sendiri selepas jaringan pemain Vietnam, Trong Hoang Nguyen pada minit ke-80 menjadi gol tunggal perlawanan ini.

8. Vietnam 2 Malaysia 0 (Peringkat Kumpulan, 16 November 2018)

Pasukan Vietnam berjaya tumpaskan pasukan Harimau Malaya dengan dua gol oleh Cong Phuong Nguyen pada minit ke-11 dan Anh Duc Nguyen pada minit ke-60. Pasukan Harimau Malaya menemui jalan buntu selepas perlawanan ditamatkan dengan kemenangan memihak kepada Vietnam

9. Malaysia 2 Vietnam 2 (Peringkat Akhir, Perlawanan Pertama, 11 Disember 2018)

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas masing-masing membalas serangan gol. Pasukan Vietnam meledakan gol pertama menerusi jaringan Huy Hung Nguyen pada minit ke-22 dan gol kedua hasil jaringan Duc Huy Pham pada minit ke-25.

Pasukan Harimau Malaya terus mencari jaringan gol dan berjaya memperoleh gol pertama yang dijaringkan oleh Shahrul Saad pada minit ke-36 dan gol kedua oleh Safawi Rasid pada minit ke-60. Perlawanan seri sehingga wisel penamat ditiupkan.

10. Vietnam 1 Malaysia 0 (Peringkat Akhir, Perlawanan Kedua, 15 Disember 2018)

Pasukan Harimau Malaya terpaksa menerima kekalahan selepas Vietnam berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan. Perlawanan ditamatkan dengan sorakan penyokong pasukan Vietnam.

Saksikan kembali kompilasi gol antara dua pasukan ini.

Mampukah Harimau Malaya menewaskan pasukan Vietnam pada malam ini? Sama-sama kita nantikan. Teruskan menyokong Harimau Malaya.

Artikel Lain Untuk Di Baca