[Video] Kes Bunuh Altantuya: Najib Razak Angkat Sumpah Laknat

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat laknat bagi menafikan dakwaan Azilah Hadri berhubung pembabitan beliau dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, jam 2.15 petang, hari ini.

Beliau mengangkat lafaz sumpah di dalam masjid sejurus selepas selesai solat Jumaat.

“Saya Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut.

“Alhamdulillah, sejak saya memasuki usia taklif hingga ke saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia yang bernama Altantuya Shaariibuu.

“Malah saya tidak pernah berjumpa dan tidak mengenali mendiang sama sekali. Jika saya berdusta, maka laknatlah Allah SWT atas diri saya dan jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah SWT,” kata Najib melafazkan sumpah berkenaan di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini.

Ahli Parlimen Pekan diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah serta dua orang anaknya, Nooryana Najawa dan Mohd Nizar Mohd Najib.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, President UMNO serta dua orang Ahli Majlis Ttertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim turut hadir untuk menyaksikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib melaksanakan sumpah laknat.

Najib melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan Azilah Hadri berhubung pembabitan beliau dalam kes pembunuhan Altantunya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai artikel yang menceritakan tentang kes pembunuhan Altantunya, sila klik pada pautan di bawah:

Azilah Dakwa Najib Arah Bunuh Altantuya

Selepas Najib Didakwa Kes Altantuya, Anaknya Tampil Buka Mulut

Kes Bunuh Altantuya: Najib Juga Mahu Polis Buka Semula Siasatan

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca