Dua hari lepas, industri hiburan telah digemparkan dengan berita kematian pelakon dan penyanyi terkenal Korea, Choi Jin-ri atau lebih dikenali sebagai Sulli. Selebriti yang baru sahaja berusia 25 tahun itu dilaporkan telah mengambil nyawanya sendiri dengan menggantung diri di apartmennya.
Berikutan insiden yang mengejutkan ini, ramai yang tampil menzahirkan rasa simpati dan sedih mereka atas apa yang menimpa pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri To The Beautiful You itu.
Malah, beberapa video Sulli membuat IG Live di laman Instagram beberapa hari sebelum dia bertindak membunuh diri turut dimuat naik dan menjadi tular di media sosial.
Instagram live Sulli last month
She's crying 😢
Mungkin krn baca hate comment waktu live pic.twitter.com/9aTy0OSSUS— Victoria Yovita (@victoriayovita) October 14, 2019
Menerusi video-video tersebut, bekas ahli kumpulan ikonik K-Pop, f(x) itu kelihatan sedang mengalami tekanan yang melampau sehinggakan dia turut menangis dalam salah satu video berkenaan. Dia juga sempat meluahkan rasa sedih yang dia alami gara-gara menerima kecaman hebat daripada orang ramai.
“I’m not a bad person. Why are you talking bad about me?”
Singers are humans too, they have feelings and we really don’t know what thoughts go through anyone’s heads, they could be going through so much and not show it. Sending prayers. 🖤#Sulli #RIPSulli #Jonghyun pic.twitter.com/WpM2gWVLMS
— yee yee (@aysluxe) October 14, 2019
“Kenapa semua bercakap buruk tentang saya? Apa yang saya sudah buat kepada kamu semua?”
Terdahulu, Sulli pernah mengeluarkan satu kenyataan di mana dia cuma berpura-pura gembira di depan orang ramai selama ini.
Meskipun pihak polis masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan punca Sulli berbuat demikian, ramai yang beranggapan bahawa aktres itu mengalami kemurungan kerana buli siber.
Sesungguhnya, kemurungan dan tekanan itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Sekiranya anda tergolong dalam kalangan mereka yang derita penyakit kemurungan, anda boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders, sebuah badan NGO yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan. Butiran lanjut mengenai Befrienders di negeri-negeri lain boleh didapati di laman sesawang Befrienders.