[Video] “Kami Dipulau Dan Dibuli”, Instafamous Ini Dedah Punca Dapat SPM 7G

Siapa tidak kenal tentang sepasang kembar jelita yang dikenali sebagai Ieka Tajudin dan Iera Tajudin ini. Nama kedua-dua remaja ini dahulunya melonjak naik dan tular di media sosial akibat kontroversi yang dicetuskan secara tidak sengaja oleh mereka sendiri.

Baru-baru ini, instafamous berkenaan tampil dalam sebuah rakaman video berdurasi 20 minit yang menceritakan tentang kisah sebenar yang menjadi punca mereka memperoleh keputusan 7G bagi peperiksaan pertengahan tahun sewaktu zaman persekolahan.

Menerusi video yang dimuat naik dalam akaun YouTube milik mereka, kembar ini dilihat menceritakan satu persatu peristiwa yang mengakibatkan tersetusnya kontroversi dahulu.

Difahamkan, segalanya bermula apabila mereka menjejaki alam persekolahan di Sekolah Menengah Setia Alam. Sewaktu di tingkatan dua, majoriti rakannya mula menjauhkan diri daripada mereka.

Malahan, lebih memilukan apabila mereka juga dipulau oleh semua rakan-rakannya. Tidak kurang juga antara guru mereka yang dikatakan tidak memberi pandangan secara profesional sewaktu disoal berkenaan tugasan yang diberikan.

Ditambah lagi dengan konflik yang berlaku antara mereka dengan rakan kelasnya di sekolah menjadikan instafamous ini semakin tertekan. Kemurungan yang dirasai menyebabkan kembar ini enggan ke sekolah dan menghadiri peperiksaan. Jelas mereka, “Kami dah tak tahan, kami tak nak sambung sekolah lagi.”

Sejurus pulang dari sekolah, Ieka terus membuka akaun Instagramnya dan melakukan rakaman siaran langsung menerusi IG Live. Malangnya, keterlanjuran kata yang seolah-olah mengutuk guru, rakan-rakan dan sekolahnya sepanjang rakaman disiarkan telah dirakam semula oleh salah seorang rakan baiknya.

Rakaman itu kemudiannya ditularkan oleh rakannya sendiri sehingga mereka menerima kecaman teruk daripada seluruh pengguna media sosial. Malah, kad pengenalan dan keputusan peperiksaan instafamous ini turut disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Tidak kurang juga yang mengecam mereka dengan memberi komen yang tidak membina.

Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kecaman yang diterima bagaikan ujian yang menjadikan pasangan kembar ini semakin kuat dan berjaya memulakan perniagaan kosmetik berjenama Ieka & Iera Cosmetic. Semoga mereka sentiasa tabah menjalani kehidupan khususnya dalam menguruskan perniagaan yang baharu sahaja dibangunkan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca