Seperti yang diketahui ramai, nama Datuk Aliff Syukri sering terpalit pelbagai kontroversi. Tidak kiralah hal-hal melibatkan perniagaan, ahli keluarga mahupun usahanya membantu orang lain, ada sahaja isu yang bakal timbul mengenai jutawan kosmetik itu.

Setelah sekian lama mendiam diri, baru-baru ini, ibu kepada ahli perniagaan sensasi itu, Rozita Ibrahim tampil membuat teguran terbuka kepada anak lelakinya itu menerusi satu rakaman video berdurasi dua minit 29 saat di laman sosial Instagram miliknya.
View this post on InstagramA post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on
Menerusi klip video itu, Rozita menyuarakan rasa kekesalan hatinya apabila anaknya selalu menimbulkan masalah sehingga mengundang kecaman orang ramai.
Ujar Rozita lagi, dia sudah menegur berkali-kali mengenai perangai anak lelakinya namun, Aliff Syukri seakan-akan tidak mengendahkan segala yang diperkatakan. Akhirnya, wanita itu sendiri yang terkena tempiasnya apabila masyarakat menuduh dirinya tidak pandai mendidik cahaya mata.

Tidak cukup dengan itu, Rozita turut mengakui bahawa suara yang dimilik Aliff Syukri tidak sesuai untuk menjadi seorang penyanyi. Wanita itu juga berpesan supaya tidak menggunakan kecaman orang ramai semata-mata untuk mencari publisiti.
“Tidak semua benda yang kita lakukan akan disukai orang lain. Jangan gunakan hinaan orang untuk mendapatkan publisiti. Cukuplah,” ujar Rozita yang nyata kesal.
“Mak cakap ni bukan untuk menjatuhkan kau, Kri (Aliff Syukri). Tapi, sebab mak sayang. Kalau kau nak mak umur panjang, tolonglah jadi seseorang yang usahawan yang profesional,” rayunya lagi.

Di penghujung rakaman terbabit, Rozita juga menyeru suami kepada Datin Shahida itu supaya sekurang-kurangnya mengasihani maruah ahli keluarga lain yang turut terpalit isu negatif berkenaan.
Rozita juga sempat meminta maaf kerana melakukan teguran secara terbuka seperti itu menerusi laman Instagramnya. Jelas wanita terbabit, dia sebenarnya sudah mati akal mahu menegur anak yang dikasihaninya kerana tidak sanggup lagi mendengar atau membaca komen negatif mengenai Datuk Seri Aliff Syukri.
Untuk membaca artikel lain berkaitan Datuk Seri Aliff Syukri, sila klik pada pautan di bawah: