[VIDEO] Ingkar ‘Lockdown’, Polis Di India Heret Masuk Dalam Ambulans Bersama Pesakit COVID-19

Umum sudah tahu, di India pelbagai cara digunakan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya patuh dengan arahan.

Sebelum ini, mereka gunakan cara seperti merotan untuk denda rakyat yang ingkar, kini berbeza pula caranya apabila tular video mereka mengheret orang awam yang ingkar Perintah Berkurung masuk ke dalam ambulans.

Seorang pengguna Twitter telah berkongsi video di laman akaunnya. Ia menunjukkan sekumpulan polis mengheret masuk beberapa individu yang ingkar ke dalam sebuah ambulans yang terdapat pesakit palsu COVID-19 di dalamnya.

Reaksi individu yang ingkar dalam keadaan panik setelah dikurung itu, telah mencuit hati warganet lain yang melihat video ini.

Video ini dikatakan untuk memberi kesedaran dan ingin menakutkan orang ramai di sana supaya tidak keluar tanpa sebarang tujuan ketika Perintah Berkurung sedang berjalan.

Untuk rekod, India kini mencatatkan 26,496 kes positif COVID-19 dan 825 angka korban.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Perintah Berkurung, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca