Video: IG Story Stacy Curi Tumpuan, Terpaksa Lucut Baju Ketika Vaksin

Kadar vaksinasi rakyat Malaysia setakat ini sangat memuaskan, walaupun penularan COVID-19 di negara belum menunjukkan penurunan seperti yang dijangkakan.

Pun begitu, setiap penerima vaksin disarankan untuk mengenakan pakaian yang sesuai berhubung dengan mempercepatkan proses ketika pengambilan vaksin.

Namun semalam, beberapa rakaman di ruangan Instagram Story milik penyanyi, Stacy nyata telah memberi tumpuan ramai.

Pengikutnya dikejutkan dengan tindakan seorang individu yang melabuhkan bajunya sehingga menampakkan sebahagian belakang tubuh serta bahunya ketika disuntik divaksin.

video-ig-story-stacy-curi-tumpuan-terpaksa-lucut-baju-ketika-vaksin
Sumber: Instagram (stacyanam)

Pada mulanya, ia disangka seorang wanita berikutan rambut panjang dan kulit putih mulus dalam rakaman tersebut.

Namun tekaan tersebut ternyata meleset apabila sebenarnya Stacy sedang merakam gelagat suaminya yang turut disuntik dos kedua vaksin bersama-sama.

Akim Ahmad sempat berseloroh tersalah pakai baju ketika bertandang ke PPV tersebut sebaik menoleh ke arah kamera.

Rakaman video berdurasi hampir seminit itu bukan setakat mengundang pelbagai reaksi di ruangan komen daripada warga netizen, malah raih lebih 150 ribu tontonan di aplikasi TikTok.

Rata-rata warganet akui ‘tertipu’ pada awalnya kerana pandangan dari belakang tak ubah seperti kelibat wanita.

Malah ada yang berseloroh sudah bersedia untuk mengecam tindakan pasangan suami isteri itu sebelum mendapati rupanya adalah Akim Ahmad.

video-ig-story-stacy-curi-tumpuan-terpaksa-lucut-baju-ketika-vaksin
Sumber: TikTok (@rbeauty20)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca