Penduduk negeri Kedah di kawasan Gurun dan Yan mengalami banjir kilat susulan hujan lebat dan fenomena kepala air di kawasan Gunung Jerai.
Pegawai Khas Ahli Parlimen Jerai, Muzaini Azizan, berkata antara kawasan yan terjejas ialah Taman Sri Utama, SMK Gurun, Kampung Baru, Sungai Kunyit, Sungai Badak, Kampung Jelatang dan Taman Jerai Harmoni.
“Hujan lebat telah mengakibatkan air sungai melimpah ke kawasan berkenaan dan menjejaskan beberapa buah rumah penduduk,” katanya.
Hujan lebat dilaporkan turun tanpa henti sejak tengah hari (18 Ogos) tadi dan menyebabkan kawasan perumahan ditenggelami air berlumpur.
Semoga dipermudahkan penduduk di Yan, Kedah.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) August 18, 2021
Jalan dah menjadi seperti laluan air sungai yang deras.
Kejadian dikatakan akibat hujan lebat sejak tengah hari tadi.
Sumber video : Sosial Media pic.twitter.com/r8PcF0y2Kf
Banjir kilat di Yan, Kedah.
— AZRULFITRI™ (@azrulazimi) August 18, 2021
My parents are there with my brother. Although the water level surrounding our house did increased, it didn't go up until the floor level. Alhamdulillah.
Pray for Kedah guys!#PrayforKedah pic.twitter.com/ycUkUObqr7
Pekan Yan yang terletak di tepi laut itu telah dinaiki air akibat paras air laut yang agak tinggi.
Kediaman penduduk yang berhampiran sungai juga mengalami kerosakan yang sangat teruk dan tidak selamat untuk didiami. Orang ramai yang terkesan diminta untuk berpindah ke lokasi yang lebih selamat.
Pihak berkuasa melaporkan bahawa mereka menerima banyak laporan mengenai isu ini dan operasi susulan telah dilaksanakan.
Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih giat dijalankan susulan pihaknya masih menerima panggilan memaklumkan terdapat individu yang terkandas dalam banjir.
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah membuat pencarian di kawasan puncak Gunung Jerai dan beberapa penempatan penduduk yang dilanda banjir kilat di Yan.
Sejumlah 24 anggota dari tiga balai bomba terlibat dalam operasi kejadian tanah runtuh dan banjir kilat di sekitar Yan yang melibatkan beberapa buah perkampungan dan di kawasan sekitar Merbok, Sungai Petani.
Baca artikel-artikel berkaitan di pautan di bawah: