[Video] Hero Berkaki Empat, Kucing Ini Selamatkan Bayi Daripada Jatuh Tangga

Bagi sesetengah manusia, kucing merupakan haiwan yang pasif dan sering kelihatan seperti tidak ambil kisah perkara yang berlaku di sekelilingnya. Namun begitu, seekor kucing di China ini membuktikan dia sanggup lakukan apa sahaja untuk melindungi tuannya.

Menurut laporan China Press, seekor kucing peliharaan telah berjaya menghentikan seorang bayi daripada terjatuh ke bawah tangga. Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku pada jam lima pagi di ruang tamu rumah.

Satu rakaman litar tertutup (CCTV) menunjukkan bayi terbabit yang dianggarkan berusia tidak lebih satu tahun sedang merangkak di lantai ruang tamu. Kucing berkenaan turut dapat dilihat sedang duduk di atas sofa sambil memerhatikan anak kecil itu merangkak.

Namun begitu, bayi terbabit merangkak menuju ke tangga.

Menyedari sesuatu yang buruk bakal menimpa, kucing berkenaan segera melompat turun dari sofa dan melompat ke arah anak kecil itu. Dalam rakaman tersebut, haiwan berkenaan dapat dilihat seolah-olah cuba menahan bayi terbabit daripada terus merangkak ke bawah.

Bayi terbabit kelihatan seperti tidak memahami perlakuan kucing tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Setakat ini, rakaman CCTV terbabit yang telah dimuat naik ke laman sosial Facebook telah memperoleh 16 ribu tanda suka dan 7.5 ribu perkongsian. Seorang warganet memberi komen bahawa kemungkinan besar kucing sudah mula berevolusi dan mampu berfikir seperti manusia.

Berikut merupakan gambar kucing superhero berkenaan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca