Pernakah anda terfikir bagaimanakah rasa makanan kucing? Menurut lelaki ini, rasanya sama sahaja seperti tuna cuma ia mempunyai bau yang agak berbeza.

YouTuber yang bernama Ayim ini telah memuat naik rakaman di mana dia telah mencuba makan makanan kucing ke laman YouTube pada 3 Disember lalu. Sehingga kini, video tersebut sudha mendapat lebih 1,000 tontonan.
Ayim mengatakan bahawa memakan makanan kucing sepatutnya tidak akan memberikan sebarang kemudaratan kepada manusia kerana ia tidak memberi impak negatif kepada haiwan peliharaan ketika mereka menjamahnya.
“Apa yang penting, ia (makanan kucing) suci dan bersih,” ujar Ayim.
Rakaman video terbabit terbahagi kepada dua bahagian di mana selepas Ayim memakan makanan kucing tersebut dengan bersahaja, lelaki itu akan menjamahnya pula bersama-sama dengan sepinggan nasi goreng.
“Kita lihat sekiranya makanan kucing ini mampu mengalahkan sambal tradisi Melayu,” katanya.

Usai menjamah satu suapan nasi goreng bersama makanan kucing, Ayim berkata rasanya tidaklah terlalu asing. Malah, ia seperti dia hanya menjamah nasi dan ikan tuna.
“Bagi saya, ia baik-baik sahaja. Tiada masalah dengan makanan tersebut cuma anda perlu ubah pemikiran dan jangan terlalu berfikir mengenai makanan kucing itu.”
“Saya rasa ia tiada masalah. Jadi, anda bolehlah mencubanya.”
Menurut YouTuber terbabit, dia meminta orang ramai agar tidak menghentamnya kerana dia hanya melakukan perkara tersebut kerana sudah lama mahu mencubanya.
“Ia hanyalah sebuah ujian sahaja,” tambah Ayim lagi.
Agak-agaknya adakah pembaca boleh menjadi seberani Ayim ini dan mencuba makanan kucing?
Untuk baca artikel lain yang berkaitan, sila klik pautan di bawah: