Baru-baru ini kecoh di laman media sosial Twitter dan YouTube mengenai tindakan yang dilakukan oleh pengusaha produk tempatan Ainaa Beauty bersama pasangannya, Hafiz Mahamad.

Isu bermula menjadi tular apabila kedua-dua pengusaha ini dijemput ke rancangan televisyen Astro, iaitu MeleTOP.

Sebagaimana yang diketahui, rancangan hiburan itu akan dikendalikan oleh selebriti terkenal, Neelofa dan pelawak serta pelakon lelaki terkemuka, Nabil Ahmad. Bagaimanapun, episod rancangan berkenaan pada waktu itu diacarakan oleh Neelofa dan Radin.

Sepanjang ditemu bual, pasangan tersebut dilihat sempat mendedahkan promosi terkini berkaitan produk keluaran mereka kepada khalayak umum.

Bagaimanapun, sewaktu meminta kedua-dua pengacara MeleTOP berkenaan membuka kotak yang diberikan, hadiah yang diberikan hanyalah kepada pengacara Neelofa sahaja.

Susulan daripada tindakan itu, rata-rata warganet memberikan komen dan meluahkan pandangan mereka.

Jadi, apa pandangan anda semua? Bagi penulis, mungkin sahaja pengusaha Ainaa Beauty tidak bermaksud sama sekali untuk bertindak double standard mahupun mengipas Neelofa.

Biasalah, keterujaan bertemu dengan idola pasti akan membuat kita untuk bertindak sedemikian. Apa-apa pun, penulis mendoakan agar ketiga-tiga pengusaha, pelakon, dan pengacara ini sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya membawa nama Malaysia di persada dunia.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda