[Video] Guna Jentera Berat Dalam Rompakan, Penyangak Ini Bawa Pulang Mesin ATM

Sekumpulan perompak di Utara Ireland berjaya dirakam kamera litar tertutup CCTV ketika sedang mencuba untuk mencuri sebuah mesin ATM. Uniknya, mereka menggunakan sebuah jentera berat penggali dalam menjayakan jenayah tersebut.

Kejadian yang berlaku pada awal pagi Ahad, April lalu merupakan kes kelapan yang dilaporkan mengenai kecurian mesin ATM di Utara Ireland. Jentera penggali yang digunakan oleh perompak berkenaan telah dicuri dari kawasan pembinaan yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian.

Rakaman CCTV itu turut tersebar ke laman sosial Twitter.

https://twitter.com/WTFVlDS/status/1172008833679380480?s=20

Video tersebut telah mendapat lebih 557,600 tontonan, 8,800 ulang kicau dan 19,100 ribu tanda suka oleh warganet.

Rakaman rompakan menunjukkan jentera berat itu dipandu oleh seorang lelaki bertopeng. Lelaki itu dilihat telah merobohkan dinding luar sebuah kedai serbaneka di mana mesin ATM itu berada. Lelaki tersebut kemudiannya dilihat menjatuhkan mesin tersebut di atas sebuah kereta berwarna hitam sebelum dia dan rakannya melarikan diri. Jentera berat itu ditinggalkan di hadapan premis tersebut.

Menurut polis, kejadian rompakan itu berlaku dalam jangka masa lebih kurang empat minit sahaja. Polis menyatakan bahawa kejadian rompakan menggunakan jentera penggali ini bukan sahaja menyebabkan kehilangan mesin wang tetapi turut menimbulkan rasa takut dalam komuniti setempat.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca