[Video] Gara-Gara Mengejar Populariti, Lelaki Ini Hampir Hilang Nyawa Kerana Makan Habanero

Seorang selebriti YouTube terpaksa menerima rawatan di hospital akibat tercekik selepas memakan cili Habanero yang dikenali sebagai antara cili paling pedas di dunia.

Hugo Lara pada mulanya merakamkan satu cabaran memakan cili berkenaan bersama dua kakaknya sebelum tindakan itu hampir meragut nyawanya.

Dalam video berkenaan, Lara memasukkan cili itu ke dalam mulutnya manakala kakaknya hanya berpura mahu makan sayuran tersebut.

Tidak lama selepas memakan cili itu, Hugo Lara batuk tanpa henti dan kelihatan seperti tercekik.

Kemudiannya dia duduk di sofa dan mula mengalami masalah untuk bernafas.

Rakannya cuba untuk membantunya dengan menepuk-nepuk belakangnya tetapi tindakan itu menajadikan keadaan semakin teruk dan Lara terpaksa dikejarkan ke hospital.

Kakaknya yang dikenali sebagai Yazmin mengeluarkan satu kenyataan memberitahu keadaan adiknya itu semakin baik tetapi dia masih perlu mengambil ubat.

“Keadaan Hugo Lara kini semakin stabil. Kami tidak menjangkakan cabaran itu menjadi di luar kawalan. Kami menyiarkan video itu supaya kamu lihat sendiri apa yang berlaku,” katanya.

Video yang dimuat naik di saluran YouTube Hugo Lara itu ditonton lebih 500,000 kali dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

“Saya gembira mendengar kamu tidak apa-apa, sekiranya saya ibu kamu saya akan tampar kamu kerana menakutkan saya,” kata seorang penonton yang dikenali sebagai Lylapas.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca