Gara-Gara Jadikan Kisah ‘Cikgu Suraya’ Sebagai Drama, YouTuber Kelantan Ini Dikecam Warganet

Baru-baru ini, sebuah video pendek ciptaan YouTuber terkenal dari Malaysia telah mencetuskan kontroversi hebat dalam kalangan pengguna media sosial.

Alief Irfan yang berasal dari Kelantan ini dikecam gara-gara memuat naik video drama pendek yang mengandungi unsur lucah atau lebih tepat lagi softporn atau sex grooming.

Video yang dimuat naik oleh pemuda tersebut bertajuk Special Armed Force (SAF) yang dilakonkan bersama aktres berbakat malaya iaitu Jasmine Suraya. Lebih memeranjatkan apabila watak yang dibawa oleh pelakon wanita berkenaan ialah Cikgu Suraya.

Untuk pengetahuan, cikgu suraya merupakan satu watak lucah dalam sebuah cerpen. Ia mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Amir yang terlanjur berzina dengan gurunya sendiri.

Sebagai makluman, pemuda ini mempunyai pengikut yang ramai dalam akaun YouTubenya iaitu sebanyak 1.84 juta orang dan kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja dan anak muda.

Hal ini secara tidak langsung telah mengundang kemarahan warganet berikutan kekhuatiran mereka jika rakaman tersebut mampu menyebarkan moral negatif dalam kalangan anak muda masa kini.

Susulan daripada kecaman hebat yang diterima Alief Irfan, pemuda ini dilihat tenang dan tidak melenting berkenaan isu terbabit. Malahan, dia mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada seluruh warganet berkenaan isu tersebut menerusi posting di akaun Instagramnya.

https://www.instagram.com/p/B3ovDa9ju6h/

Meniti zaman yang sarat dengan pelbagai jenayah seksual, kita tidak seharusnya mempamerkan atau menyelitkan unsur yang berbaur lucah dalam penghasilan sebuah video. Hal ini penting untuk mengelakkan golongan muda daripada terpengaruh atau leka dengan hal yang tidak baik.

Semoga generasi muda terus terpelihara daripada segala keburukan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca