Video: Frontliner Cuba Sebaik Mungkin Selamatkan Pesakit COVID-19

frontliner selamatkan pesakit covid

Tular video di TikTok beberapa petugas barisan hadapan cuba sebaik mungkin untuk selamatkan pesakit COVID-19 yang terlantar di atas lantai.

Didapati kejadian berlaku di salah satu pusat kuarantin, beberapa petugas kesihatan cuba melakukan bantuan kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada pesakit.

Pemilik video tersebut menyatakan bahawa mangsa COVID-19 itu tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

@hakaktravel

terpaksa up sekali lagi. yang tadi TT hide kan.. Untuk pengetahuan semua, mangsa meninggal disitu. moga Arwah bersama org beriman.

♬ original sound – bibionie81 – bibionie81

Sejurus itu, seorang warganet menyatakan di ruang komen bahawa pesakit tersebut adalah pakciknya dan meminta agar semua sedekahkan Al-fatihah untuknya.

“Ini pakcik saya. Dia sudah meninggal dunia pagi tadi, minta tolong sedekahkan Al-fatihah untuk dia.”

Sumber: TikTok (bibionie81)

Kian hari, kes baharu COVID-19 semakin meninggi. Malah, 23 Mei semalam mencatatkan nombor kes paling tinggi dalam sejarah setakat ini dengan jumlah 6,976.

Namun masih ramai yang diluar sana memikirkan pandemik ini merupakan satu penipuan atau sebuah agenda dan mengambil enteng aspek SOP.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini tular artis ini kerap melanggar SOP secara terang-terangan namun enggan mengaku kesalahannya.

Ramai warganet bersetuju bahawa video tular ini merupakan satu bukti kukuh untuk kita menjaga SOP masing-masing.

Video tersebut mampu memberi kesedaran terhadap bahaya COVID-19 yang dipandang remeh oleh sesetengah pihak.

Sumber: (bibionie81)

Mungkin anda mampu mengatasinya jika dijangkiti virus ini, tetapi tidak semua akan terselamat dan sembuh daripadanya.

Usaha petugas barisan hadapan akan menjadi sia-sia jika kita sendiri memandang rendah perkara ini dengan mengabaikan SOP yang telah ditetapkan.

Marilah kita muhasabah diri dan melakukan tanggungjawab kita dengan mengamalkan SOP yang lebih ketat untuk keselamatan semua. #kitajagakita

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca