[Video] Fasih Berbahasa Melayu, Gadis Cina Kongsi Tips Pencegahan COVID-19

Seorang gadis berbangsa Cina yang bernama Husna Liang telah menarik perhatian warganet apabila dia bertutur di dalam Bahasa Melayu menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman Facebook mengenai penularan wabak COVID-19.

“Hai semua, saya Husna. Wabak koronavirus baharu telah menjadi fokus di seluruh dunia. Usaha kawalan COVID-19 di China sudah menampakkan hasilnya. Namun, penularan wabak ini di beberapa negara lain dilaporkan semakin teruk.

Oleh itu, saya mahu berkongsi dua tips pencegahan asas yang juga sangat penting kepada kita semua termasuk anda di Malaysia,” tulis Husna.

Husna yang juga pernah menuntut pengajian di Universiti Malaya telah berkongsi langkah-langkah yang diambil oleh pihak di Beijing untuk mengurangkan penularan wabak COVID-19.

“Pada akhir-akhir ini, penularan wabak COVID-19 di negara dan wilayah selain China dilaporkan semakin teruk. Saya mahu berkongsi beberapa amalan pencegahan di kawasan awam di Beijing, dan saya harap ini dapat membantu anda di Malaysia,” terang Husna.

Husna juga turut memuat naik sekeping gambarnya dengan menyuruh rakyat Malaysia supaya duduk di rumah.

“Sebagai warga China yang pernah mengalami tempoh paling sukar akibat COVID-19 yang begitu dahsyat, saya berharap musibah yang sama tidak menimpa rakyat di Malaysia.

Oleh itu saya cuba membuat video untuk memberi beberapa informasi berguna kepada rakan-rakan di Malaysia, dan saya tidak menyangka pula video saya ini akan menjadi tular. Untuk itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kamu semua,” kata Husna.

Tambah Husna, dia akan terus menghasilkan video mengenai wabak tersebut, keunikan di China dan juga ingin mengetahui apa yang menarik di Malaysia.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, sila klik pautan di bawah:

Anak Mungkin 70 Peratus COVID-19, Sharifah Sakinah Kongsi Detik Cemas

Beberapa Petugas Perubatan Hospital Teluk Intan Sah Dijangkiti COVID-19

https://iamlejen.com/covid-19-hilang-selera-dan-deria-bau-simptom-baharu-wabak/

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca