[Video] Dipakaikan Tali Pengikat Keselamatan, Kanak-Kanak Ini Tergantung 2 Minit Di Pintu Lif

Seorang kanak-kanak di China berjaya diselamatkan selepas tergantung selama hampir dua minit di dalam sebuah lif di bandar Daye, Hubei, China.

Rakaman yang memaparkan kanak-kanak itu sedang tergantung berjaya dirakamkan oleh kamera CCTV yang terdapat di dalam lif terbabit.

Menurut laman web People’s Daily China, insiden itu mula berlaku selepas kanak-kanak tersebut melangkah masuk ke dalam lif secara sendirian dengan tali yang terikat di pergelangan tangannya. Belum sempat pengasuhnya itu masuk, lif tersebut telah tertutup dengan sendirinya.

Susulan daripada itu, lif yang telah bergerak menyebabkan kanak-kanak itu ditarik naik ke bahagian atas lif tersebut. Insiden itu menyebabkan kanak-kanak itu tergantung hampir dua minit di situ.

Mujur lif itu berhenti selepas mengesan pergerakan yang luar biasa di dalamnya. Selepas mode kecemasan diaktifkan, lif tersebut berhenti dan mula naik, membolehkan kanak-kanak itu kembali berdiri seperti biasa.

Dia kemudiannya diselamatkan oleh pasukan penyelenggaraan bangunan dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan kanak-kanak, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca